'santai tapi sampai'

Siapa yang tak suka dengan lelaki romantik kan? Ada yang cakap gaya mereka yang romantik ni lain sikit dari mereka yang kurang sikit roman...

Nak tau gaya lelaki romantik?

Siapa yang tak suka dengan lelaki romantik kan? Ada yang cakap gaya mereka yang romantik ni lain sikit dari mereka yang kurang sikit romantiknya. Betul ke? 

Kalau korang nak tau, biasanya lelaki romantik ni akan berpenampilan kemas sebab mereka suka dilihat sebagai 'lelaki sempurna'. Walaupun ada sesetengahnya suka bergaya ranggi dan sempoi, tapi kekemasan tetap diutamakan.

Betul ke lelaki romantik ni tak kisah pun pakaian warna pink

Mereka boleh aje nak pakai pink asalkan ia kena dan sesuai dengan penampilan mereka. Pink pun pink lah, janji sesuai. 

Walau bagaimanapun, penampilan mereka nampak lebih ringkas dan matang, malah ada yang anggap mereka ni 'mat bunga' sebab 'tangkap jiwang' dengan perempuan. Perempuan pun mudah 'cair' dengan lelaki sebegini. 

Lelaki macam ni suka pakai perfume di badan mereka sebab mereka tau itu adalah salah satu dari daya penarik supaya semua perempuan di sekelilingnya senang dengan mereka.

Selain itu, lelaki romantik dikatakan tak kisah pun kalau pakai pakaian bercorak flora *bunga bunga gitu, sebab bagi mereka ia akan memberikan personaliti lebih lembut *bukan lembut yang aww aww tu tau

Biasanya golongan ini juga akan menggunakan tutur kata yang lembut semasa bercakap dan apa yang paling penting mereka amat menghargai dan menghormati kaum perempuan.

Sumber : Ruangan keterampilan.

2 comments:

  1. Haha. Maknanya, suami siqah tak romantik lah. Sebab anti warna pink. Tapi kalau dipaksa mengikut tema, pakai jugaklah. Hihi

    ReplyDelete
  2. Hehehhe romantik..pakai pink tak kisah ke sbb romantik huhu...suami kita tak penah lagi pkai pink hehe

    ReplyDelete