'Santai Tapi Sampai'

30 April 2016

Nak tau cara bakar 100 kalori sehari? Jom baca ni...

Semua orang mesti nakkan bentuk badan yang ideal kan? Tapi, macam-macam dah kita buat untuk dapatkan apa yang kita inginkan. Ada yang berjaya, tak kurang jugak ada yang gagal. Kadang-kadang sampai dah naik give up kan. Buat tu tak jalan, buat ni takde perubahan. Pening-pening. 

Dah-dah, toksah nak pening-pening bagai semua, meh baca apa yang cikla nak cerita ni. 'Bakar 100 kalori sehari.' Kalau korang nakkan apa yang korang impikan, kena usaha dan paling penting rajin. Jom baca.

Nak tau cara bakar 100 kalori sehari? Jom baca ni...
Nak tau cara bakar 100 kalori sehari? Jom baca ni... Kredit Google. 

Jangan tak sangka dengan menelefon sambil berjalan dapat membakar kalori. Kalau kita menelefon selama 1 jam *amboi lama tu, kira kira 100 kalori terbakar. Wah, banyak jugak tu. Untuk menguatkan 'dakwaan' ini, ada kajian mengatakan wanita yang kerjanya bercakap di telefon sambil berjalan mengelilingi pejabatnya mampu membakar sejumlah kalori. So, apa lagi, cubalah. Hehe. 

Berjalan jauh, contohnya kalau nak pergi makan masa rehat, apa kata kita berjalan kaki je dari pejabat ke kafe. Walaupun tak jauh, sekurang-kurangnya kita berusaha untuk membakar lebih banyak kalori dengan berjalan.

Yang ni macam kelakar pulak. Tapi korang cubalah. Tukar kerusi pejabat korang dengan bola gimnasium. Ia bukan saja dapat membakar kalori, malah dapat perbaiki postur, keseimbangan dan pembentukan tulang belakang. Kita jugak boleh bangun untuk bergerak ke meja officemate korang atau dengan cara menolak kerusi beroda ke arah meja mereka.

Untuk suri rumah khasnya, kalau korang nak tau dengan mengemas rumah selama 40 minit akan membakar 100 kalori dalam sehari. So, rajin-rajinlah kemas rumah ye, dan jadikanlah ia amalan. Kalau anak buat sepah jangan marah-marah. Kemas aje. Paling tak pun, kalori korang akan terbakar dengan mudah. Betul tak? Hehe.

Membasuh, melipat dan menggosok baju selama 45 minit setiap hari boleh membakar 100 kalori. Tengok macam tak percaya kan, bukan susah pun kerja-kerja tu semua. Tak perlu nak 'workout' bagai. Kan kan. Patutlah cikla rasa macam 'kuruih' je. Hehe.

Nak tau cara bakar 100 kalori sehari? Jom baca ni...
Nak tau cara bakar 100 kalori sehari? Jom baca ni... Kredit Google. 

Ha, jalau korang nak bakar kalori, rajin-rajinlah mengemas katil ye sebab dengan hanya mengemas katil, bantal, menukar sarung bantal dan tilam selama 50 minit aje, 100 kalori boleh terbakar. Senang dan mudah kan? So, jangan malas-malas kemas katil tau lepas ni. Kalau nak lebih kalori terbakar tolong kemaskan katil ahli keluarga yang lain pun boleh.

Semasa memasak di dapur, cubalah luangkan masa 40 minit untuk memotong sayur. Sebab ia juga akan membakar 100 kalori. Itu belum lagi, kita potong ikan, dan memasak semua hidangan, mesti lagi banyak kalori terbakar kan? Tengok, sambil memasak untuk keluarga, kalori pun terbakar jugak. Keluarga kenyang, kita pun dapat 'manfaat'nya. Macam orang cakap, 'sambil menyelam, minum air. ' Tak gitu.

Dengan bermain pool/snooker selama kira kira 40 minit jugak mampu membakar 100 kalori. Haaa, siapa yang minat main snooker ni bolehlah teruskan hobi anda itu, sebab beri manfaat jugak rupanya. Wah, cikla rasa mesti ramai yang minat main bowling kan? Bermain bowling selama 30 minit boleh membakar sebanyak 100 kalori. Tapi, masa main bowling tu, kurangkanlah pengambilan snek ye, sebab barulah pembakaran lemak tu sempurna.

Hmmm, yang ni macam tak percaya jugak, tapi ini merupakan cara termudah untuk membakar kalori kita. Hanya dengan berdiri selama 20 minit selang beberapa jam masa di pejabat ataupun di rumah dapat membakar 100 kalori. Waduh waduh.

Kalau yang ni rasanya semua wanita mesti suka punyalah. Cikla pun suka juga. Apa lagi kalau bukan shopping. Yeayyy. Paling tak pun dengan window shopping kita dapat membakar 100 kalori hanya selama 40 minit. Wah wah, senangnya. Apa lagi, jom window shopping. Hihi.

Nak tau cara bakar 100 kalori sehari? Jom baca ni...
Nak tau cara bakar 100 kalori sehari? Jom baca ni... Kredit Google. 

Kebanyakan orang suka guna troli masa beli barang kan? Apa kata sesekali guna bakul pulak. Kalau korang nak tau, dengan membawa bakul selama 30 minit dapat membakar 100 kalori. Walaupun nampak macam 'payah' je lebih lebih lagi kalau barangnya banyak, tapi, cubalah. Hasilnya pasti tak mengecewakan.

Aik, tidur pun kalori boleh terbakar? Biar betul ni. Betul ni korang. 100 kalori boleh terbakar masa kita tidur kalau kita menambah 900 gm atau 2 kg berat otot kita. Maknanya apa ye? Maknanya kita tambahkan pengambilan protein dan bersenam di gym. Tapi jangan terlebih tidur pulak sebab badan akan jadi lemah dan lesu.

Siapa suka menari? Eloklah tu, sebab selain dapat membentuk tubuh, menari jugak boleh membakar kalori dengan cepat. Menarilah selama 20 minit, 100 kalori korang akan terbakar. Patutlah kebanyakan penari kita tengok slim je. Ini rahsia mereka rupanya. Hihi.

So, selamat membakar kalori ye korang. Konsisten dalam apa yang kita buat. Jangan mudah putus asa. Cuba cuba dan cuba. Fikirkan hasil yang akan kita dapat nanti. 

Sumber : Ruangan Kelab Diet.

1 comment:

  1. wahh.. jawab telefon sambil berjalan dapat kurang kalori?? boleh amalkan ni..hehe
    Thanks Cikla

    ReplyDelete