Tips pilih warna lipstick.

Rasanya lipstick dan perempuan tak boleh dipisahkan. Setuju tak? Kalau macam cikla, takdelah suka sangat pakai lipstick, kadang-kadang je. Cikla lebih suka pakai lip gloss je, depend pada orang kot, ada suka ada yang tak suka. Hehe. 

Sebenarnya, nak pilih warna lipstick pun ada tips. Memang ramai je kita tengok perempuan pakai lipstick kat luar sana, tapi kadang kadang warna lipstick nya macam tak sesuai kan. 

Jom cikla nak share macam mana nak pilih warna lipstick yang sesuai dengan penampilan kita.

Tips pilih warna lipstick.
Tips pilih warna lipstick. Sumber Google.

Siapa yang tak nak serlahkan penampilan diri kan? Diri nampak yakin, bertenaga dan segar. Kalau macam tu, elok korang pilih warna natural. Itu lebih sesuai. Kadang kadang bibir kita nampak pucat dan tek bermaya kan? So, elok korang pilih lipstick berwarna merah muda atah 'biege'.

Ada orang yang mempunyai bibir yang kemerah-merahan sangat, so elok pakai lipstick warna coklat muda atau merah terang. Ia juga dapat mempamerkan diri korang yang sebenar.

Akan tetapi, kalau korang mempunyai bibir yang gelap atau kehitaman, pilih lipstick berwarna ungu sebab ia dapat lebih menyerlah dan dapat menutup warna bibir yang gelap.

Nasihat cikla, masa nak beli lipstick, jangan nak rambang mata sangat. Tengok tu cantik, tengok ni berkenan. Apa yang penting, beli dan pilih lipstick yang betul-betul sesuai dan serasi dengan penampilan korang.

Sumber : Harian Metro.

1 comment:

  1. Saya tak ada la pandai sangat nak pilih warna lipstick yang sesuai dengan warna kulit. Tapi kulit saya gelap so saya suka pakai lipstick yang warna gelap juga. Kalau pakai warna terang bukan nampak pun. Haha

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews