Melulur... Cerahkan kulit.

Korang rajin melulur tak? Tak kiralah selalu atau jarang-jarang. Sejujurnya, cikla memang jarang sangat melulur ni. Masa takde kot. Hehe. Alasan yang klise. Kalau ada duit lebih pergi aje ke spa. Kalau rajin, buat aje sendiri di rumah. Kalau korang nak tau, dengan bahan-bahan semulajadi/alami kita boleh gunakan sebagai bahan asas untuk melulur. Jom baca apa yang cikla nak kongsikan ni.

Guna kulit buah rambai.

Kulit buah ni sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat bagi merawat masalah kulit. Caranya adalah dengan menjemur kulit ni sampai kering, kemudian kisar sampai hancur. Selepas tu, campurkan dengan air mawar, dan jadikan ia lulur. Kulit kita akan jadi lebih halus, lembut dan cerah. Cubalah. 

Beras pulut.

Beras pulut dikatakan menjadi rahsia kulit menjadi halus dan gebu. Caranya adalah dengan kisar beras pulut sehingga hancur, dan lulur ke seluruh badan terutamanya bahagian intim. Ia akan dapat membantu menghaluskan kulit dan memudarkan kesan gelap di celah peha dan bawah lengan. Lakukan ia 2 kali seminggu.

Melulur... Cerahkan kulit.
Sebenarnya, melulur badan jugak penting. - Image credited to google.

Campuran susu dan minyak zaitun.

Ia dikatakan dapat memberikan kulit kita cerah sekata. Caranya adalah dengan mencampurkan susu tepung, minyak zaitun, garam dan gula, kemudian gaul sebati dengan sedikit air. Selepas itu, lulurkan badan kita dengan campuran itu dan biarkan ia kering sebelum dibilas dengan air bersih. Buatlah dengan kerap, hasilnya kulit akan beransur sihat sebab semua kotoran akan tertanggal.

Oat dan biji bunga matahari.

Caranya adalah kisar biji bunga matahari, kemudian parut kulit lemon. Selepas itu campurkan bersama minyak aromaterapi, minyak almond, kulit lemon yang diparut dan garam kasar. Campurkan kesemua bahan termasuklah oat dan gaul sebati sebelum dilulurkan pada badan. Biar seketika dan cuci dengan air bersih. Ia dikatakan boleh menjadikan kulit sentiasa lembap dan mengelakkan kekeringan kulit.

Rajin-rajinkanlah membelai dan memanjakan diri kita. Apa yang penting gunakan bahan semulajadi sebab ia lebih selamat. Selamat mencuba!

Sumber : Ruangan Tips Cantik.

2 comments:

  1. kak ana memang suka melulur ni cik La, khasnya untuk badan , terasa segar je selepas melakukannya.

    ReplyDelete
  2. wahhhh... bestnya la hai... teringing sangat2 nak melulur memanjakan badan. Tapi masa tak ada untuk tu... huhu... Tahun ni In syaa Allah kena buat juga. Info terbaiklah. Terima kasih info ni tau

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews