Sayur kacang bendi tumis pecah telur yang sedap!

By Cikla Shahril - September 25, 2018

Siapa suka makan kacang bendi? Kalau cikla pula, cikla memang suka makan kacang bendi lebih-lebih lagi kalau ditumis selain dari dicampurkan dalam masakan seperti kari dan asam pedas. Emmm, sedapnya. Cikla agak tak ramai kot yang suka makan kacang bendi ni. Mungkin disebabkan oleh 'lendir' di bahagian dalamnya. Tapi, apa yang korang tak tau, lendir inilah sebenarnya yang bagus tau. 

Meh cikla kongsi sikit info menarik mengenai kacang bendi. Untuk pengetahuan korang, kacang bendi kaya dengan sumber folat dan serat di samping ia juga mengandungi vitamin C, B6, thiamin, magnesium dan kalium. Ia juga adalah sayuran yang rendah kandungan lemak dan kalori. 

Disebabkan lendir kacang bendi ni sangat bermanfaat, so ada cara untuk mengelakkan lendir kacang bendi ni dari hilang iaitu masa korang masak, paling bagus jangan dipotong kacang bendi tu. Biar je seketul gitu. Selain itu, elak dari memasak kacang bendi bersama bahan berasid seperti tomato. Khasiat kacang bendi yang terbesar adalah ia dikatakan dapat membantu mengurangkan kolesterol, selain dari khasiat lain seperti merangsang perkembangan otak, dan penyakit kencing manis. 

Kali ni cikla nak share dengan korang satu resepi kacang bendi yang sangat senang disediakan. Cikla agak mesti ada yang dah tau kot, tapi tak apalah. Cikla share mungkin ada yang pertama kali nak masak kacang bendi kan. Mungkin ini dapat membantu korang. Jom kita tengok bahan-bahannya dulu. 

Sayur kacang bendi tumis pecah telur yang sedap!
Sayur kacang bendi tumis pecah telur yang sedap! 

Bahan-bahannya :

Kacang bendi (ikut suka korang nak banyak mana). 
1 biji bawang merah (dihiris). 
1-2 ulas bawang putih (dihiris). 
1 biji cili merah (dihiris). 
1 biji telur.
Sedikit ikan bilis (optional). 
Sedikit minyak untuk menumis, garam dan perasa (optional). 

Cara nak masak :

Kacang bendi dibersihkan dan dihiris sederhana tebal. Panaskan minyak dan tumis bahan dihiris bersama ikan bilis. Kemudian, masukkan bendi dan cili merah serta sedikit air. Tutup sekejap kuali untuk melembutkan kacang bendi. Setelah lembut, pecahkan telur dan gaul. Taburkan garam dan perasa, gaul sekali lagi sampai rata. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan.

Sayur kacang bendi tumis pecah telur yang sedap!
Sayur kacang bendi tumis pecah telur yang sedap! 

Senang je kan. Memang sedap tau, lebih-lebih makan dengan nasi panas. Kalau korang nak letak belacan sikit masa menumis pun boleh. Paling sedap kalau bahan dihiris tu korang tumbuk sekali dengan belacan tu semua, then baru tumis sampai naik bau. Lagi, perghh! Selamat mencuba! 

Kredit info SINI

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. sedapnya ! memang suka makan bendi ni lagi-lagi kalau dalam kari tu.nanti nak cuba la

    ReplyDelete
  2. sdpnya, tak pernah try lagi yg letak telur punya.

    ReplyDelete
  3. suka makan bendi jugak, goreng ke masuk dalam kari ataupun ulam cicah air asam semua bedal makan :D

    ReplyDelete
  4. ok tq for sharing.
    aida biasa buat goreng cili ajer.
    good idea ni :) dgn telur ekk. nice.

    ReplyDelete