Cikla rasa teh ais telah mengalami revolusinya tersendiri. Amboi, ayat bukan main. Revolusi bagai. Haha. Iyelah, kalau dulu kita jumpa orang minum air teh sama ada teh tarik atau teh ais je. Sekarang ni lebih advance. Siap tambah macam-macam lagi. Antaranya, inilah teh ais kaw letak cincau!

Seingat cikla, dulu masa musim bulan puasa minuman ni jadi viral. Pergilah mana-mana bazaar Ramadan, mesti jumpa orang jual air ni. Cuma, mungkin rasa tehnya tu yang berbeza. Memang laku keraslah air ni. Alhamdullilah, rezeki mereka yang menjual. Syukur!

Teh ais kaw cincau yang menggoda deria rasaku! Bestnya...
Teh ais kaw cincau yang menggoda deria rasaku! Bestnya... 

Since 2 minggu lepas kalau tak salah cikla, ada orang jual air ni di area tempat cikla tinggal. Setiap kalu hantar kakak Damia pergi sekolah PASTI, memang akan lalu di lokasi menjual. Mana tahan beb! Ai is tak kuat iman. Haha. Memang tergoda! 'Rela terpaksa', memang belilah jawabnya. Tengok terus haus tekak. Lagi-lagi time sekarang ni, musim panas lit lit sampai ke petang, memang tekak sokmo nak minum air penyedap tekak. Haha!

Teh ais kaw cincau yang menggoda deria rasaku! Bestnya...
Teh ais kaw cincau yang menggoda deria rasaku! Bestnya... 

Teh ais kaw cincau yang menggoda deria rasaku! Bestnya...
Teh ais kaw cincau yang menggoda deria rasaku! Bestnya... 

Cikla suka minum teh ais kaw cincau ni sebab ia tak manis sangat. Tu yang penting. Sedap ooo...