Cuti sekolah lepas, cikla sekeluarga berpeluang merasai percutian singkat kami ke Port Dickson. Aiseh, cerita throwback lagi, hihi! Sebenarnya, plan bidan terjun sebab memang tak rancang pun dari awal.
Since budak-budak asyik merengek ajak bercuti, fikir juga manalah nak bawa diaorang ni. Bukan apa, anak-anak cikla kalau tempat tu ada air, mean boleh main air memang itulah kegemaran mereka.
Kebetulan cuti sekolah tu kan kena pulak hari raya haji. Sebelum kami balik ke kampung, kami plan nak pergi holiday dulu. Tak apalah, sehari pun ok, at least dapat juga penuhi permintaan anak-anak kan. Kegembiraan mereka memang to the max! So obvious!
Kalau ikutkan, dah banyak kali kami bercuti ke Port Dickson ni. Tapi itulah. Nak pergi jauh sikit macam tak cukup time pulak kan. Tak syok lah, pergi jauh-jauh tapi kejap je. Tak puas nak berjalan. Hehe.
So, last choice mana lagi kalau bukan Port Dickson. Disebabkan time school holidays, memang pack lah tempat percutian semua. Semua full house. Adoi, mana nak cari ni.
Encik suami, kalau bab-bab camni memang kecekapan dia. Tak tau pun dia usha Akar Beach Resort ni. Ini first time kami menginap di sini. Tengok dari luar, not bad! Apa yang penting, dekat dengan pantai and ada swimming pool. Yeayyy!
Macam yang cikla bagitau, ini kali pertama cikla sekeluarga menginap di sini.
First impressions? Tentulah teruja kan, sebab pertama kali. Tak sabar nak tengok bilik dia, dan yang paling tak sabar nak bermandi manda di swimming pool. Itulah agenda utamanya. Terutama budak berempat tu. Pantang tengok air, mulalah nak berendam.
Percutian pendek ke Port Dickson : Menginap di AKAR BEACH RESORT! |
Untuk pengetahuan korang, AKAR BEACH RESORT terletak di Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Tempatnya agak ke dalam juga, dan yang bestnya ia jauh dari hiruk pikuk dan kesibukan bandar yang membingitkan. Mereka yang mahukan ketenangan dan kedamaian must choose this place! That's right choice!
Percutian pendek ke Port Dickson : Menginap di AKAR BEACH RESORT! |
Jom cikla nak share serba sedikit mengenai tempat ini, so that kalau kalau korang datang ke Port Dickson, boleh mampir ke sini ya!
Korang boleh check in ke hotel ini seawal pukul 3 petang dan check out pula adalah pada pukul 12 tengahari Standard lah tu kan, kebanyakan hotel pun time dia sama macam ni kan.
Tapi, apa yang bestnya adanya WIFI percuma high speed pulak tu untuk semua bilik pengunjung termasuklah di kawasan public area di sekitar dalam hotel.
Antara ciri dan kelebihan yang ada di AKAR BEACH RESORT ini adalah seperti berikut:
- 58 bilik non-smoking.
- Perkhidmatan lif.
- WIFI percuma untuk semua bilik.
- BBQ pit.
- 24 jam CCTV (untuk keselamatan).
- Kolam renang yang luas.
- Bilik untuk mengadakan majlis atau program tertentu.
Percutian pendek ke Port Dickson : Menginap di AKAR BEACH RESORT! |
Percutian pendek ke Port Dickson : Menginap di AKAR BEACH RESORT! |
Antara bilik-bilik yang disediakan pula adalah seperti berikut :
- 13 buah bilik Standard Room, mengandungi 1 katil bersaiz Queen atau katil kembar (twin bed) yang harganya bermula dari RM170 semalam.
- 7 buah bilik Deluxe Room, mengandungi 1 katil bersaiz King, berharga serendah RM170 semalam.
- 2 buah bilik Junior Family Room, mengandungi 1 katil bersaiz King dan 1 katil bujang, berharga dari RM425 semalam.
- 26 buah bilik Superior Room, mengandungi 2 buah katil bujang, bermula dari RM222 semalam.
- 9 buah bilik Super Deluxe Room, mengandungi 1 katil bersaiz King dan 1 katil bujang, bermula dari RM339 semalam.
- 1 buah Family Room, mengandungi 1 katil bersaiz King dan 4 buah katil bujang, berharga dari RM475 semalam.
Contoh bilik macam dalam gambar di bawah. Tapi, cikla stay masa tu di bilik Superior Room (gambar kedua tu) sebab masa tu no choice, tinggal bilik je yang ada. Nak tak nak, rembat ajelah kan.
Percutian pendek ke Port Dickson : Menginap di AKAR BEACH RESORT! |
Percutian pendek ke Port Dickson : Menginap di AKAR BEACH RESORT! |
Bila cerita mengenai kemudahan yang disediakan di dalam bilik (cikla cerita bilik yang cikla staylah ye), boleh dikatakan serba lengkaplah.
Ada peti ais, water heater, tv, telefon, aircond, even sejadah pun ada disediakan sekali. Tapi, kalau korang nak menggosok baju, memang ada disediakan seterika di satu sudut di luar bilik. Kira oklah tu kan.
Yang penting ada penunjuk arah kiblat. So, mereka yang beragama Islam tak perlu risau nak tau arah kiblat kalau nak sembahyang. Bilik airnya pun selesa jugak. Ada air panas. Hehe!
Percutian pendek ke Port Dickson : Menginap di AKAR BEACH RESORT! |
Pakej yang cikla ambil ni ada disediakan sarapan sekali, tapi untuk 2 oranglah. Pagi esoknya sementara budak-budak bertiga tu berendam dalam kolam (hish, pagi-pagi dah berendam), cikla dan encik suami pergilah tengok dan makan sekali di cafe.
Banyak jugalah pilihan menu yang disediakan, orang cakap timur bertemu barat gitu. Ada nasi lemak, mee goreng, nasi goreng, bubur, roti bakar dan cereal pun disediakan. Ini termasuklah minum, panas dan sejuk pun ada. Tapi semuanya self service. Berbaloilah juga!
Percutian pendek ke Port Dickson : Menginap di AKAR BEACH RESORT! |
Selain itu, AKAR BEACH RESORT juga berdekatan dengan beberapa tempat menarik seperti PD Ostrich Farm, Pantai Purnama, Teluk Kemang dan Muzium Tentera.
Selain itu, kalau korang nak shopping atau beli barang keperluan termasuklah makanan dan minuman pun senang juga sebab ia berhampiran dengan beberapa hypermarkets seperti Family Store dan The Store.
Kesimpulannya, cikla bagi 8/10 secara keseluruhannya untuk hotel ini. Cikla faham, mungkin pendapat kita tak sama, tapi apa kata korang datang ke sini bila berkesempatan nanti untuk merasainya sendiri.
Untuk lebih info dan for booking rooms, korang boleh ke link berikut :
Kredit info dan gambar di SINI
Nampak exclusive jugak tmpt. Seronoknye. Semoga berpeluang bawak budak² pegi sana. Hihi
ReplyDeleteCikla buat mek rase nk booking hotel pergi bercuti !
ReplyDeleteRESORTS IN GOA
ReplyDeleteZuri White Sands - As one of the best event venues in Goa, our resort comes with the right amenities to make your stay a remarkable one. Inquire for the best package.