Sebelum tu, nak bagitau cikla tak masak nasi lemak ni. Cikla beli je. Hehe. Bukan malas nak masak sarapan, tapi kalau buat pun umat kat rumah ni tak makan pun. Huhu. Nak elak dari pembaziran, kita beli je.

Senang!

Sebenarnya, ada cerita pasal sambal kerang ni. Kalau korang nak tau, sambal kerang ni menjadi kegemaran cikla dulu. Pantang nampak, mesti nak. Kalau tak beli sampai merajuk-rajuk.

Nasi lemak sambal kerang.
Nasi lemak sambal kerang. 

Haha, teruk betul kan! Tapi, lepas cikla operation buang kelenjar tiroid, sejak tu dah tak sentuh dah.

Asalnya dulu, cikla pernah alergik teruk disebabkan seekor udang. Memang habis bengkak-bengkak pipi semua. Sebelum ni, kalau makan udang cikla cuma alergik dekat mulut je. Mulut jadi bintat-bintat macam kena gelgata tu. Ni entah macam mana boleh bengkak pulak. Sakit juga, macam denyut-denyut.

Sejak kejadian  tu, cikla memang dah tak makan seafood dah. Udang dengan kerang kan seafood kan. Cikla agak kesannya mesti lebih kurang sama kalau cikla makan kerang.

Nasi lemak sambal kerang.
Nasi lemak sambal kerang. 

Tapi, hari ni tetiba rasa nak try makan balik kerang ni. Nak tengok kesan dia macam mana. Masih alergik tau ok sikit dari udang. Haha.

Apa yang pastinya, sambal kerang is the best!