Ayam masak halia yang mudah disediakan dan semestinya sedap.

Kadang-kadang, kalau dah hari-hari menu ayam macam blur jugakkan nak masak apa. Betul tak? Kalau masak menu yang sama hari-hari pun mestilah jemu, walaupun bahan asasnya adalah ayam. Budak-budak, especially memang takkan jemu ayam punyalah. Lebih-lebih lagi kalau masak lauk kegemaran diaorang. Lagilah. Hari tu, kebetulan cikla masa tu cikla tengah berpantang LID, cikla masak ayam halia. Memang senang je. Bak kata orang pro masak, "masak main campak-campak je." Haha! 

Jomlah cikla share macam mana nak masak resepi ni. Semua orang boleh makan lebih-lebih lagi budak-budak sebab tak pedas pun. Lainlah kalau korang nakkan rasa pedas sikit, korang ketuklah beberapa biji cili padi. Campak je ke dalam. Paling senang, letak lada hitam or lada sulah sikit. Settle

Ayam masak halia yang mudah disediakan dan semestinya sedap.
Ayam masak halia yang mudah disediakan dan semestinya sedap. 

Jom check bahan-bahannya dulu :

1/2 ekor ayam dipotong kecil. 
1 labu bawang besar dihiris. 
2 ulas bawang putih dihiris. 
1 ketul halia dihiris. 
2 biji tomato dibelah 4 atau 6.
1 biji lobak merah dipotong bulat. 
1 biji bawang Holland sederhana besar dipotong bulat. 
Minyak untuk menumis, garam. 

Ayam masak halia yang mudah disediakan dan semestinya sedap.
Ayam masak halia yang mudah disediakan dan semestinya sedap. 

Ayam masak halia yang mudah disediakan dan semestinya sedap.
Ayam masak halia yang mudah disediakan dan semestinya sedap. 

Cara nak masak:

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan dihiris sehingga kekuningan. Kemudian, masukkan ayam, lobak merah dan sedikit air. Tutup kuali dan biar sampai ayam empuk. Selepas itu, masukkan bawang Holland dan tomato. Taburkan garam dan perasa (kalau perlu). Gaul dan sesuaikan rasa. Siap! 

* Bahan yang dihiris tu korang boleh blend jugak. Nanti rasa halianya lebih lagilah. 
*Kalau korang nak goreng dulu ayamnya boleh jugak. Tapi, perap sekejap dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Tapi, nanti kuahnya akan berwarna sedikit kekuningan.

Selamat mencuba! 

1 comment:

  1. Mek nak try buat jugak la. Feveret ni tapi tak pernah buat kat rumah..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews