'santai tapi sampai'

Siapa di antara korang selalu overthinking ('terlajak' fikir) mengenai sesuatu perkara, contohnya penyakit yang korang hidapi? Apa...

Bagus ke bersikap overthinking?

Siapa di antara korang selalu overthinking ('terlajak' fikir) mengenai sesuatu perkara, contohnya penyakit yang korang hidapi? Apa maksud overthinking tu sebenarnya ye? Dan apa pula kesannya pada mereka yang bersikap sedemikian?

Bagi cikla, overthinking atau overthinker adalah mereka yang terlalu memikirkan sesuatu perkara secara keterlaluan sehingga timbul kemungkinan yang mustahil dan mungkin tak terfikir oleh orang lain. 

Untuk pengetahuan korang, overthinking dikategorikan sebagai salah satu gangguan psikologi atau psychological disorder.

Ehh, dah macam satu penyakit pulak kan! 

Bagus ke bersikap overthinking?
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Cikla mengaku, dulu cikla memang seorang yang overthinking. Masa awal-awal dulu cikla didiagnosis dengan penyakit tiroid dan seterusnya kanser tiroid, selalu macam tu.

Overthinker!

Senang cakap 'terlebih fikir', lebih-lebih lagi kalau duduk termenung sorang-sorang. Confirm, macam-macam benda yang keluar dekat fikiran. Biasalah, seorang yang berpenyakit. Apa lagi perkara paling selalu yang dia fikir?

Kalau tak, "aku akan mati"!

"Kalau aku takde nanti, anak-anak aku macam mana?"

"Aku takut nak mengharungi hari-hari mendatangkan dengan penyakit aku ni."

Macam-macam lagilah!

Tapi, itu dulu. Sekarang tak lagi. 

Tipulah kan kalau cikla cakap yang cikla tak pernah rasa risau, down, give up, sedih, takut dan lain-lain. 

Tapi, bila datang rasa macam tu, cikla sibukkan diri dengan aktiviti yang cikla suka, sampaikan cikla terlupa tentang sakit. 

Bagus ke bersikap overthinking?
Bagus ke bersikap overthinking? Sumber Google. 

Alhamdullilah, cikla lebih positif sebab satu je yang cikla pegang dari dulu sampai sekarang, Insha'Allah sampai bila-bila.

"UJIAN YANG ALLAH BERI PADA KITA TAK SEBERAT UJIAN ORANG LAIN. ORANG LAIN LEBIH HEBAT UJIANNYA, DAN MEREKA BERSABAR. MENGAPA TIDAK KITA?

Overthinking hanya membuatkan kita merasa kerisauan yang melampau padahal perkara tu takdelah serumit mana pun. 

Disebabkan sikap itulah ia sedikit sebanyak turut mempengaruhi personaliti kita. Lepas tu, dengan stress lagi, mulalah memencilkan diri kekonon mahukan ketenangan untuk 'berfikir'. 

Bukan kita tak boleh nak 'berfikir' atau 'memikirkan' langsung tentang hal itu, tapi, semuanya perlulah berpada-padalah. 

Bagus ke bersikap overthinking?
Bagus ke bersikap overthinking? Sumber Google. 

Nasihat cikla pada semua dan diri sendiri juga, nikmatilah hidup ini sebaiknya. Diuji sakit dan musibah bukan pengakhiran hidup. Ia sepatutnya menjadi kekuatan untuk diri kita supaya lebih kuat dan penyebab kita memperoleh rahmat dan nikmat dariNya. 

So, berdoalah, berusahalah, dan  bertawakkallah kepadaNya. InshaAllah dipermudahkan. Korang macam mana? Jom share!

#positivevibes

5 comments:

  1. wah cikla!!! cantiknya blog! kipidap on blogging cikla!
    dulu selalu gak teriukut overthinking ni. dia bagus, tapi bila kita dalam proses pembelajaran sangat membantu.
    tapi kalau overthinking ttg orang lain punya presepsi terhadap kita...better 'cari cahaya' cepat...huhuhu

    ReplyDelete
  2. hahaha sama lah kita suka sangat overthinking sampai kadang tu tak boleh tidur malam. Buat bahaya kesihatan je padahal takde benda sangat pun

    ReplyDelete
  3. stress je kalau overthinking..

    ReplyDelete
  4. Suami mek pernah cakap yg overthinking ni mcm satu penyakit mental. Mental tak sihat kita tak boleh fikir dengan positif. Mek agk kerap overthinking. Boleh fikir smpai org ckp tingginya kau punya bayangan. Bagi mek yg overthinking, tiada apa yg mustahil untuk berlaku. Kadang ianya bagus sbg preparation pada diri kadang ianya memusnahkan kebahagiaan seharian kita.

    ReplyDelete
  5. xsalah kalau ianya adalah perkara baik...tp klo overthinking perkara buruk tu mmg la perlu dielakkan..xbaik utk diri..

    ReplyDelete