6 September 2018

Nak tau tip ringkas untuk turunkan berat badan? Jom baca ni...

Cikla rasa kalau kita cerita pasal nak kurus ni memang boleh jadi topik hangat kan. Lebih-lebih lagi orang perempuan. Huish, jangan kau bukak bab pasal kurus ke, diet ke, memang excited gila. Punyalah fokus. Haha. 

Sesetengah orang memang susah nak turunkan berat badan. Tapi kalau berat naik memang senang. Sampai stress dibuatnya. Makan minum semua memang dah dikawal, tapi berat still tak turun-turun juga.

Huwaaa, macam mana nak buat ni?

Sebenarnya, cikla bersyukur, yang cikla bukan dikategorikan dalam mereka yang agak 'comel', so tak payah nak susah-susah nak diet bagai nak turunkan berat. 

Sebaliknya, cikla sekarang dalam usaha nak naikkan sikit berat badan sebab tak naklah kurus sangat. Nanti orang ingat kita sakit pula kan walau pun kita memang sakit. Hehe. 

Bagi cikla, apa yang penting niat dan kesungguhan yang kita  tanamkan dalam diri kita untuk mencapai matlamat itu. 

Ye, matlamat untuk menurunkan berat badan. Bukan hanya untuk nampak cantik, tapi sebenarnya lebih kepada menjaga kesihatan diri.

Nak tau tip ringkas untuk turunkan berat badan? Jom baca ni...
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Mula-mula niat dulu, "Aku nak kurus. Aku nak kurus. Aku nak kurus." Hehe! Lepas tu, jom praktik 10 tip ringkas ni. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Betul tak? So, let's check it out!

Pertama : Tetapkan matlamat korang untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan, bukan drastik iaitu penurunan berat dalam range 0.5 kg ke 1 kg dalam tempoh seminggu. Kalau korang nak tau, 0.5 kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan orang. 

Apa yang penting, jangan terlalu memaksa kalau korang tak mencapai sasaran awal. At least, korang dapat kurangkan 0.1 kg pun dah bagus sebagai permulaan langkah.

Kedua, apa yang terbaik korang lupakan sajalah niat korang untuk mengambil sebarang ubat-ubatan yang kononnya dapat  membantu korang menurunkan berat badan. 

Jangan ye, lebih-lebih lagi pengambilan supplement tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor. Memang menempah musibah namanya tu! 

Ketiga, korang perlu mengambil makanan dan minuman yang rendah kandungan kalorinya tetapi mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Cuba  kurangkan sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan. 

Selain itu, korang kena kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula yang tinggi sebaliknya banyak memakan buah-buahan dan sayur-sayuran fresh.

Keempat, korang perlu mengelakkan dari mengambil  makanan ringan di antara waktu makan. Apa yang boleh korang lakukan adalah dengan menggantikan snek tak sihat itu dengan sekeping biskut krim kraker dan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Paling tak, makanlah saja buah-buahan sebagai ganti snek.

Kelima, banyakkanlah minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol (mestilah tak kan). 

Nak tau tip ringkas untuk turunkan berat badan? Jom baca ni...
Nak tau tip ringkas untuk turunkan berat badan? Jom baca ni... Sumber Google. 

Keenam, korang kena tetapkan waktu makan korang setiap hari. Contohnya macam ni. Korang ambil sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi. Kemudian, makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi). Selepas itu, makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang) dan minum petang (3.30 - 4.00 petang), diikuti dengan makan malam (6.30 petang - 7.30 malam). 

Apa yang penting, korang mesti mendisiplinkan diri korang supaya makan pada waktu yang ditetapkan. Tak kiralah dicepatkan atau dilambatkan sikit pun tak apa asalkan ia mengikut keadaan dan kesesuaian.

Ketujuh, makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

Kelapan, biasakan diri korang menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Bukan apa, ia akan membuatkan korang tak mengambil terlalu banyak menu atau menambah lauk-pauk yang berlemak dan berkalori tinggi. Sampai penuh pinggan dengan lauk je, tak nampak nasi. Haha!

Kesembilan, penuhkan hari-hari korang dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan diri korang tu daripada asyik ingat nak makan je. Korang boleh lakukan aktiviti senaman paling tak pun 3 hingga 5 kali seminggu. Buatlah selama 30 minit setiap hari

Kalau korang rasa macam tak cukup masa nak buat, korang boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari, iaitu 10 minit untuk setiap sesi. So, bolehlah korang buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang. Simple!

Akhir sekali, pastikan korang mendapatkan rehat secukupnya, dan bagi cikla masa terbaik untuk korang dapatkan rehat yang cukup adalah semasa tidur. So, tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

Good luck!

Kredit grup Telegram Petua Dan Kesihatan.

9 comments:

  1. menarik ni!! tapi bile tiap kali ade niat nak diet banyak betul dugaan hahaha..

    jemput join 1st GA zati..
    https://z3tty.blogspot.com/2018/09/giveaway-zati-yang-pertama-semangat.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih zati atas pelawaan. InshaAllah cikla join nnti...

      Delete
  2. wah..makin semngat nk kurus ni...lama tak jenguk cikla hehe

    ReplyDelete
  3. thanks kak for the tips :D

    ReplyDelete
  4. Selalu ckp ngan diri...nak kurus-nak kurus...tapi susahnya nak konsisten...
    ini pun dah 2 bulan x pergi gym...

    ReplyDelete
  5. terima kasih untuk tips =)

    ReplyDelete