Gel Mandian Aura 7 Bunga by D'Herbs, membantu menghilangkan bau badan dan sungguh menyegarkan!

Orang perempuan ni kalau diikutkan kehendak dia, dari hujung rambut sampailah hujung kaki semua nak cantik je kan. Betul tak? Tapi, bukan setakat cantik je, tapi mestilah wangi dan harum sepanjang masa. Kalau yang dah ada suami tu, lagilah kena wangi-wangian sentiasa lebih-lebih lagi kalau encik suami ada di rumah. Barulah leka. Hehe! 

Macam cikla juga, memang cikla ada shower foam sendiri. Kiranya tak share lah dengan diaorang. Bukan apa, anak-anak cikla ni memang suka buat bubble show kalau duk dalam bilik air tu. Kalau dibiarkan, memang boleh habis satu botol sabun tu.  Manalah ibunya tak tegak tocang! Grrr, itu sebab malas nak share share, kalau tak memang sekelip mata je habis. Haha.

Siapa yang tak kenal brand D'Herbs yang gah dan popular tu kan. Lagi-lagi owner dia Datuk Seri Aliff Syukri tu. Lagilah top kebabommm. Cikla bukan nak cerita pasal owner dia, tapi cikla nak share satu produk best keluaran D'Herbs yang pada pandangan cikla sangatlah awesomeMemang rugi korang tak cuba.

Gel Mandian Aura 7 Bunga by D'Herbs, membantu menghilangkan bau badan dan sungguh menyegarkan!
Gel Mandian Aura 7 Bunga by D'Herbs, membantu menghilangkan bau badan dan sungguh menyegarkan!

Gel Mandian Aura 7 Bunga by D'Herbs, memang wangi sangat. Ia diformulasikan dari gabungan 7 jenis bunga yang terpilih yang semestinya mempunyai harumannya yang tersendiri. 7 jenis bunga-bungaan itu adalah Lavendar, Rose, Jasmine, Matahari, Orkid, Kenanga dan Bunga Raya. Pertama kali cikla pakai gel mandian ni ada kisahnya. Nak tau tak? 

Kisahnya bermula, mak cikla datang bermalam di rumah cikla. Beliaulah yang mula memperkenalkan cikla dengan gel ni. Memang best, sekali pakai terus jatuh hati. Dengan pantas cikla pergi beli sendiri. Haha! Harganya? Cikla agak dalam lingkungan RM12 hingga RM16 kot. Sebab ketika itu cikla beli RM14. Masa tu 0% GST. Tapi tak tahulah harga sekarang lepas ada SST ni. Mungkin berbeza sikit. 

Gel Mandian Aura 7 Bunga by D'Herbs, membantu menghilangkan bau badan dan sungguh menyegarkan!
Gel Mandian Aura 7 Bunga by D'Herbs, membantu menghilangkan bau badan dan sungguh menyegarkan!

Untuk pengetahuan korang, gabungan bauan dari  ketujuh-tujuh bunga ini mampu memberi aura semulajadi kepada si pemakai. Aura ini dikatakan boleh memberi kesegaran selepas mandi, umpama mandian di spa-spa. Wow, pengalaman yang best sangat terutama macam cikla ni lah kan. Tak pernah jejakkan kaki ke spa. Haha! 

Selain itu, bagi mereka yang mempunyai bau badan yang agak kurang menyenangkan tu, elok try guna Gel Mandian Aura 7 Bunga ni. Bukan apa, selain dari menghilangkan kotoran termasuk daki yang bertebaran di badan korang tu, ia juga dikatakan mampu memberi kesegaran. 

Memang lepas pakai tu rasa macam berangin je. Kalau nak lagi best, lepas mandi tu oleskan losyen aura 7 bunga pulak untuk mengekalkan kelembapan  kulit.  Tapi, cikla tak guna losyen tu. If kalau korang nak cubalah kan. Kesimpulannya, cikla bagi 9.5 bintang/10 untuk Gel Mandian Aura 7 Bunga by D'Herbs ini. Yuk, cubaiinnya sendiri! 

5 comments:

  1. ala, cik la ni..menggoda ai la plak..ada gak yg pi cari nnti..hehe

    ReplyDelete
  2. Gabungan 7 bunga tu. Pasni orang tak payah nak kutip bunga nak mandi bunga dah. Beli je mandian dherbs ni. Lebih mudah kan cikla. Harga dia pun mampu milik.

    ReplyDelete
  3. botol dye cntik but i've never really tried dherbs punye product

    ReplyDelete
  4. ada member aida guna.
    best kata nyer. aida x pernah guna plak, cikla.
    mandi bunga ala-ala zaman dulu kala ekk, sebelum kawin gitu hi hi hi hi :)
    menarik!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.