'Santai Tapi Sampai'

11 September 2018

Daging yang direbus bercampur najis, halalkah di makan?

Orang cakap, malu bertanya sesat jalan. Tak tanya, memang tak tau. Tapi, kalau nak bertanya pun kenalah bertanya kepada yang pakar dan ahlinya. Betul tak? 

Jom kita rungkai persoalan mengenai hal yang satu ini. Mungkin sebelum ini ada yang musykil mengenai hal ini.

Daging yang direbus bercampur najis, halalkah di makan?
Gambar diubahsuaidsri carian Google. 

Soalannya adalah seperti berikut:

Minta penjelasan hukum berkenaan daging yang direbus dicampur dengan perut lembu yang belum dibasuh dengan baik dan masih bernajis. Ada yang rebus lidah, limpa dan paru bercampur perut sehingga air rebusan pun nampak bernajis. Adakah semua yang direbus itu jadi najis?

Begitu juga air panas yang dicelup ayam untuk proses pembuangan bulu di pasar, yang mana air tu kotor bercampur darah dan najis. Adakah ayam yang direbus juga jadi najis?, Adakah haram memakannya?

So, inilah jawapannya.

Daging dan ayam tersebut tidak menjadi najis, hukumnya seperti sesuatu yang terkena najis sahaja. Apabila dibasuh dengan air mutlak sehingga bersih zahir luarannya maka ia bersih dan halal.

Disebutkan dalam Fathul Mu’in:

وإن كان حبا أو لحما طبخ بنجس، أو ثوبا صبغ بنجس، فيطهر باطنها بصب الماء على ظاهرها

"Seandai biji-bijian atau daging dimasak bercampur dengan najis atau pakaian dicelup dengan sesuatu yang bernajis, maka bathinnya itu suci dengan sebab dituang air (dibasuh-pent.) atas bagian luarnya..."

Dalam Hasyiah Bujairimy `ala al-Manhaj, Darul Fikri, Beirut, juz.1, Hal 101:

لو ابتل حب بماء نجس أو بول صار رطبا وغسل بماء طاهر حال الرطوبة طهر ظاهرا وباطنا كذا اللحم إذا طبخ بهما وغسل يطهر ظاهرا وباطنا ز ي

"Jika basah biji-bijian dengan air najis atau kencing yang menyebabkan lembab, kemudian dibasuh dengan air yang suci pada ketika lembab tersebut, maka suci zahir dan bagian dalamnya. Demikian juga daging apabila dimasak dengan keduanya (najis atau kencing-pent.), kemudian dibasuh, maka suci zahir dan bahagian dalamnya..."

Demikian al-Ziyadi.

Wallahu A'lam.

Kredit Akhukum Mohd Hazri al-Bindany. Bicara Feqh Hazri Albindany. Group Telegram Usrah Solat.

5 comments:

  1. Yang penting lepas rebus kena bilas dengan air mutlak...

    Nice sharing cik la.

    ReplyDelete
  2. So, basuh dulu daging tu bersih-bersih sebelum di masak. Terutamanya dagi 'froozen'.

    ReplyDelete
  3. pastikan kita mencuci dengan sebersihnya sebelum dimasak.

    ReplyDelete
  4. tak pernah tahu pasal nie..good sharing..

    ReplyDelete