'santai tapi sampai'

Korang minum petang menu apa tu? Kadang-kadang best juga kan pekena cempedak goreng Nak-nak pulak dengan kopi O panas kurang gula. Emm, sed...

Cempedak goreng, menu petang paling senang disediakan! Memang sedap!

Korang minum petang menu apa tu? Kadang-kadang best juga kan pekena cempedak goreng Nak-nak pulak dengan kopi O panas kurang gula. Emm, sedapnya. Dekat rumah cikla ni adalah beberapa batang pokok cempedak hasil tanaman pak mertua. 

Kalau satu pokok tu je berbuah, memang dah puas dah makan. Kadang-kadang sampai tak termakan. Emm.

Cempedak goreng, menu petang paling senang disediakan!
Cempedak goreng, menu petang paling senang disediakan! 

Cikla agak menu yang biasa orang buat menggunakan cempedak ni apa lagi kalau tak goreng tepung. Betul tak? 

Memang jarang sangat kita jumpa orang buat menu lagi menggunakan cempedak ni. Lainlah kalau nangka. Boleh jugalah dibuat pengat. Wah, itu lagi sedap. Letak sikit sagu biji. Mak ai, dah telan air liur dah ni mengenangkan. Hehe. 

Kalau kita beli cempedak goreng dekat luar tu agak mahal jugak kan. Pernah dulu cikla beli seketul 50 sen. Tapi, itulah. Tebal tepung dari isi. Isinya seconet je. Huhu. Goreng sendiri lagi puas. Haha. 

Cempedak goreng, menu petang paling senang disediakan!
Cempedak goreng, menu petang paling senang disediakan! 

Cempedak goreng, menu petang paling senang disediakan!
Cempedak goreng, menu petang paling senang disediakan! 

Bau cempedak yang dah masak memang kuat kan. Memang tak boleh sorok. Mesti ketahuan. Hehe. Apa yang pasti, goreng cempedak sedap asalkan minyaknya tu kenalah ditos betul-betul. 

Tapi, apa yang korang kena tahu, buah cempedak memang kaya dengan pelbagai vitamin dan buah yang sangat rendah lemak. Orang  berdiet boleh makan buah ni. Hehe.

3 comments:

  1. sedap ni.. febret ejulz.. hehe

    ReplyDelete
  2. Memangggg nak menangis kadang tengok harga cempedak goreng diorang jual. Mati terus selera

    ReplyDelete
  3. sedap!!!
    antara buah yg aida suka.
    most of the time aida makan gitu aje tau, cikla.
    juicy.
    skit aje buat goreng.

    ReplyDelete