Nasi lemak sambal kerang.

Sebelum tu, nak bagitau cikla tak masak nasi lemak ni. Cikla beli je. Hehe. Bukan malas nak masak sarapan, tapi kalau buat pun umat kat rumah ni tak makan pun. Huhu. Nak elak dari pembaziran, kita beli je.

Senang!

Sebenarnya, ada cerita pasal sambal kerang ni. Kalau korang nak tau, sambal kerang ni menjadi kegemaran cikla dulu. Pantang nampak, mesti nak. Kalau tak beli sampai merajuk-rajuk.

Nasi lemak sambal kerang.
Nasi lemak sambal kerang. 

Haha, teruk betul kan! Tapi, lepas cikla operation buang kelenjar tiroid, sejak tu dah tak sentuh dah.

Asalnya dulu, cikla pernah alergik teruk disebabkan seekor udang. Memang habis bengkak-bengkak pipi semua. Sebelum ni, kalau makan udang cikla cuma alergik dekat mulut je. Mulut jadi bintat-bintat macam kena gelgata tu. Ni entah macam mana boleh bengkak pulak. Sakit juga, macam denyut-denyut.

Sejak kejadian  tu, cikla memang dah tak makan seafood dah. Udang dengan kerang kan seafood kan. Cikla agak kesannya mesti lebih kurang sama kalau cikla makan kerang.

Nasi lemak sambal kerang.
Nasi lemak sambal kerang. 

Tapi, hari ni tetiba rasa nak try makan balik kerang ni. Nak tengok kesan dia macam mana. Masih alergik tau ok sikit dari udang. Haha.

Apa yang pastinya, sambal kerang is the best!

7 comments:

  1. Fav nie..
    nasi lemak sambal kerang....

    ReplyDelete
  2. sedap la sambal kerang tu, tempat gee xda org jual nasi lemak sambal kerang, sambal ikan bilis je slalu

    ReplyDelete
  3. sedapnya nasi lemak sambal kerang.

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaa nasi lemak kerang. Fav!

    ReplyDelete
  5. sedapnya nasi lemak kerang..lama tak makan

    ReplyDelete
  6. sgt suka juga, cikla.
    tapi, ada kedai yg guna kerang frozen :(
    terasa tak sedap nyer.
    if dpt yg fresh, mak aii! bertambah 2 bungkus hi hi...

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews