Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan.

By Cikla Shahril - September 29, 2018

Kacang pistachio? Kacang apa ni? Nak menyebut namanya pun bukan main berbelit lidah. Sedap ke? Haaa, sedap ke tidak itulah persoalan popular yang selalu orang akan tanya kalau melibatkan makanan mereka tak pernah makan.

Sejujurnya, cikla sendiri pun first time makan kacang ni. Kebetulan, kawan encik suami yang bagi. 

Memula encik suami bawa balik kacang ni, memang jakunlah menengoknya. Sibuk cikla tanya dia, kacang apa ni? Emmm, langsung dia tak jawab. Agaknya encik suami pun tak tau kacang apa ni. Malulah tu nak mengaku! Haha!

Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan.
Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan. 

Bila cikla tengok rupa paras kacang pistachio ni, macam mana nak makannya eh. Kulit luarnya memang keras, so kenalah buang. Makan isinya je. Rasanya macam mana? Sedap tak? Serius, memang sedap. 

Rasanya lemak-lemak masin. Senang cakap rasanya macam kuaci jugalah. Tapi, kacang pistachio ni lebih sedap.

Kacang pistachio ni agak mahal harganya. Cikla pernah nampak satu balang kecil je pun, tapi harganya dah RM15 lebih. Ini pun rezeki cikla orang bagi. 

Kalau tak, memang tak pernah rasa pun kan. Tapi, takpelah. Kira berbaloi juga dengan khasiat yang kita akan dapat. Tak gitu!

Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan.
Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan. 

Apa kelebihan dan khasiat kacang pistachio ni agaknya? Rupanya, banyak khasiat kacang ni. 

Kalau korang nak tau, kacang ini jugak terkenal dengan gelaran makanan genius sebab ia bagus untuk otak dan menguatkan daya ingatan. 

Untuk budak-budak baguslah ni, sebab nanti mereka tak mudah lupa apa yang diajar oleh cikgu di sekolah. 

Cikla pernah baca, budak-budak tahfiz makan kacang ni untuk menguatkan daya ingatan mereka menghafal Al-Quran.

Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan.
Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan. 

Kalau korang nak tau, cikla pernah terbaca dekat satu artikel ni, yang kacang pistachio ini dikatakan mempunyai khasiatnya tersendiri. 

Kacang ni kaya dengan pelbagai zat dan mineral seperti zat besi, folat, kalium, niasin, riboflavin dan zink. Pastu kat dalam dia jugak ada fitoterol yang dikatakan dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.

Apa yang best, mereka yang berdiet pun boleh jadikan kacang pistachio ni salah satu dari menu mereka kerana ia merupakan sumber tenaga yang baik di samping dapat membantu menurunkan kolesterol. 

Wah, syoklah. Makan kacang pun boleh kurus mehhh. Hihi!

Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan.
Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan. 

Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan.
Kacang pistachio : Makanan genius yang bagus untuk diamalkan. 

Ibu hamil pun bagus makan kacang ni. Tapi mereka yang ada alergik kepada ke kacang kenalah berpada-pada mengambil kacang ini!

Jom makan kacang pistachio!

  • Share:

You Might Also Like

11 Comments

  1. ada org panggil kacang cerdik juga. memang sedap, my favourite ni..hihi

    ReplyDelete
  2. oh kacang ni memang boleh buat ketagih. sekali makan, pasti nak lagi. last2 tengok dah habis dah. haha

    ReplyDelete
  3. Cheq suka makan pistachios ni, kalau pergi Padang Besar mesti cheq akan cari kacang ni dan biji gajus. Sana boleh dapat dengan harga yang agak murah :)

    Follower #658

    ReplyDelete
  4. MF memang suka makan kacang ni.. mmg orang panggil kacang cerdik... tapi tak tau la cerdik tahap mana kacang ni...

    ReplyDelete
  5. Kacang ni mmg nieyl suka sgt la...
    tapi kadang² susah nak buka kulitnya keras..

    ReplyDelete
  6. Don`t understand your langauge nor your blog but you are really so beautiful and pretty! You have to a so much amazing Smile. Check out my blog here about Fitness Dumbbell Lateral Raise Exercise

    ReplyDelete
  7. Sedap kacang ni, antara faveret tapi tu lah agak mahal. Boleh dpt quality yg bagus masa CNY.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agreed. mahal skit :)
      benda mahal pasti sedap & bagus.

      Delete
  8. aida suka ni.
    dan gajus.
    kudapan best!

    ReplyDelete
  9. Kacang kegemaran ni sebab rasa lemak.

    ReplyDelete