Tips untuk lelaki ke pejabat, majlis kasual atau formal.

By Cikla Shahril - February 18, 2017

Ada sesetengah lelaki amat mementingkan gaya dan penampilan yang perfect terutama bila berada di khalayak ramai tak kiralah semasa mereka mahu ke pejabat, majlis kasual atau formal. Nak tau apakah tips yang boleh mereka praktikkan? Teruskan pembacaan.

Tips untuk lelaki ke pejabat, majlis kasual atau formal.
Tips untuk lelaki ke pejabat, majlis kasual atau formal. Sumber Google.

  1. Sebaiknya pakai pakaian yang memang match dengan ukuran badan korang tak kiralah korang beli atau tempah dengan tailor
  2. Pakai socks yang sesuai dengan warna suit atau seluar korang. 
  3. Elakkan memakai tie yang terlalu kurus.
  4. Sebaiknya, jangan biarkan dompet korang tu terlalu menggelembung. Taulah korang banyak duit kan, tapi elakkan wallet korang tu terlalu byk 'isi'.
  5. Jangan pakai baju yang berkedut atau sudah terlalu lusuh.
  6. Kalau korang bukan berbadan tinggi dan kurus, elakkan pakai baju bercorak belang menegak.
  7. Kalau korang pergi interview atau mesyuarat rasmi, sebaiknya pakai kemeja lengan panjang dan ber'tie'.
  8. Sebaiknya warna tali pinggang dengan kasut korang sepadan, dan tie mestilah cecah bahagian atas tali pinggang.
  9. Pada masa yang sama, elakkan memakai tali pinggang dengan tali penggantung dari seluar ke bahu (suspender).
  10. Elakkan semburan perfume pada baju, so sembur perfume sebelum memakai baju.
  11. Sentiasa menjaga postur supaya kelihatan tinggi serta nampak yakin bila berhadapan dengan orang.

Sumber Ruangan Ketrampilan.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Tips yang berguna untuk para lelaki. btw kenapa tak boleh sembur perfume dekat baju ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikla rasa mungkin nnti semburan tu tinggalkan 'kesan' pada baju, especially kat bhgn ketiak. Waallahualam..

      Delete
  2. Panduan untuk anak-anak muda atau pekerja kolar biru.
    Imej berpakaian kena jaga.

    ReplyDelete
  3. Nice sharing untuk anak muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan ^^

    ReplyDelete
  4. Bab ni saya serahkan pada isteri, saya tak fikir apa2... apa dia gosok tu la saya pakai... hehe

    ReplyDelete