Tips menghentikan perselisihan faham dalam hubungan.

Dalam hubungan biasalah kan. Ada pasang surutnya. Bak kata P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri. 

Sebenarnya, ada 'baiknya' jugak pertengkaran ni sebab ia dapat mengeratkan hubungan di samping komunikasi dapat dipraktikkan walaupun dengan cara yang agak kurang manis. 

Walaubagaimanapun, ada beberapa tips yang boleh diguna pakai oleh pasangan yang bertengkar bagi menghentikan perselisihan faham antara mereka.

  1. Ajak pasangan sama-sama mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menghentikan perselisahan itu.
  2. Inilah masanya nak meluahkan apa yang terbuku di lubuk sanubari tu. So, apa lagi. Bagi peluang pasangan melakukan itu. *sesi meluahkan perasaan.
  3. Kalau boleh jangan mencelah masa pasangan tengah meluahkan perasaanya. Maknanya, jangan potong cakapnya. Dengar je apa yang dia nak cakap. 
  4. Dengar elok-elok apa yang diluahkan dan cuba fahamkan. Try cari apakah yang membuatkan dia rasa tak puas hati sangat dengan korang. 
  5. Elak buat andaian sendiri. Tanya direct tanpa berselindung, tapi ingat gunalah suara yang 'neutral'. Jangan jerit-jerit, bentak-bentak pasangan.
  6. Ajar hati korang supaya lebih bersabar dan mendengar. Orang cakap 'bagi peluang' pada pasangan untuk meluahkan apa yang dia rasa. 
  7. Ulang apa yang korang rasa korang dengar dengan menggunakan ayat korang sendiri untuk mengelakkan salah faham atau korang kurang faham dengan apa yang diluahkan oleh pasangan. 
  8. Ringkaskan perkara yang korang faham sebanyak mungkin dan cuba cari jalan penyelesaiannya. 
  9. Mintak jugak pendapat pasangan supaya kata sepakat boleh dicapai dan masalah dapat diselesaikan dengan baik.

Apa yang penting, berselisihan faham jangan sampai merosakkan hubungan korang. Tapi, tak salah kot kalau salah seorang mengalah dan bukannya menjadi minyak yang memarakkan api. 

Berusaha untuk mencari jalan penyelesaian bersama-sama, InshAallah hubungan akan berkekalan dan harmoni.

Sumber Metro.

4 comments:

  1. tips yang bagus bagi mereka yang sudah berumahtangga hehe :)

    ReplyDelete
  2. Biasanya time marah bnyk kluar benda yg tk nk ckp pon. Main point skit je. --' tapi tu la kan. Kalau tk luah time ni, nanti duk pendam je, sakitkan hati je

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews