Menyamar jadi perempuan untuk mencuri.

Cikla rasa sekarang ni, macam-macam cara orang nak cari duit dengan cara senang. Mana ada benda kita boleh dapat dengan mudah kalau tak dengan usaha. Kalau senang kacang macam tu, tentu ramai orang dah kaya dah. 

Selak-selak akhbar KOSMO pagi tadi, terpandang berita mengenai seorang lelaki menyamar jadi perempuan untuk mencuri. Ish ish ish, sanggup tu menyamar jadi perempuan sebab nak masuk dalam surau perempuan untuk mencuri.

Menyamar jadi perempuan untuk mencuri.
Menyamar jadi perempuan untuk mencuri. Sumber Google.

Meh cikla cerita sikit. Kejadian ni berlaku di Petaling Jaya. 

Seorang lelaki dikatakan menyamar menjadi perempuan telah ditangkap sebab mencuri dompet di surau sebuah shopping mall. Lelaki itu dipercayai baru keluar dari Penjara Kajang.

Yang tak boleh blah *kata orang sekarang, lelaki tu memang berpakaian sebijik macam perempuan. Siap bertudung lagi. Huhu. 

Mujurlah dia dah ditahan oleh seorang polis wanita yang kebetulan sembahyang jugak kat surau tu. Kalau tak, memang 'terbanglah' RM400. Itulah orang cakap, kalau dan rezeki kita, walau apapun halangan mesti milik kita jugak.

So, kita kena selalu berhati-hati lebih-lebih lagi kalau berjalan seorang diri di shopping mall. Bukan apa, kadang-kadang kita memang tak perasan yang kita diperhatikan. Betul tak?

4 comments:

  1. haa ada nmpk smlm gambar adik tu.. mmg sebijik prempuan. hby kata xpcaya budak llki, last picture buka tudung, amboii mmg llki ! dlm hati ju, pndai gak tacap bedak dgn rata dekat muka tu =D

    ReplyDelete
  2. haih macam macam sekarang. makin lama makin tak selamat. macammana lah otak diorang boleh berfungsi sampai nak menyamar jadi perempuan kan. elsa ada baca jugak pasal nie

    singgah klik iklan & tabung anak cikla :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/10-tips-penjagaan-bateri-iphone.html

    ReplyDelete
  3. takut dengar bab curi mencuri ini. minta di jauhkkan

    ReplyDelete
  4. Mmg kena selalu aware dgn org sekeliling kalau kluar rumah,
    Terutamanya kita ni ladies ....
    Semoga dijauhkan dari segala kejahatan....

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews