Tazkirah Jumaat - Mencari kesempurnaan.

Suatu hari, seorang anak murid bertanya kepada gurunya. 

Anak murid: "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup?" 

Guru: "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali ke belakang!"

Setelah berjalan dan sampai di ujung taman, anak murid itu kembali dengan tangan hampa. Lalu guru bertanya: "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun?" 

Anak murid: "Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya, kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah.

Namun ketika aku sudah sampai di hujung, aku baru sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali ke belakang lagi!"

Sambil tersenyum, guru berkata: "Ya, itulah hidup. Semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya, kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan. "

Tazkirah Jumaat - Mencari kesempurnaan.
Tazkirah Jumaat - Mencari kesempurnaan. Hidup adalah pilihan. Image credited to facebook.com. 

Oleh itu;

  • Bila tak punya kuasa memberi, jangan mengambil.
  • Bila mengasihi terlalu sukar dan sulit, jangan membenci.
  • Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
  • Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, janganlah mempersulit atau memberatkannya.
  • Bila tak sanggup memuji, jangan pulak mengkeji.
  • Bila tak mampu menghargai, jangan menghina.

Jadi, JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita. Bagi cikla, tak ada yang lebih sempurna melainkan Dia kerana Dialah Yang Maha Sempurna. Setiap manusia pasti akan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Terimalah setiap satunya dengan hati terbuka dan redha. InshaAllah, hidup akan lebih tenang dan gembira.

Sumber : Whatsapp Group.

2 comments:

  1. Semua nak yang sempurna tanpa muhasabah diri.. Adakah kita sendiri dah cukup sempurna sedangkan apa yang kita nak harus sempurna.. Terima kasih Cikla atas perkongsian ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lumrah manusia manukan yang sempurna kan.. Tp hakikatnya xde yang sempurna... Sharing is caring...

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews