Kata-kata inspirasi untuk kita semua.

Jom kita baca kata-kata di bawah ni. Semoga ia dapat 'mengetuk' sedikit hati kita berfikir akan maksud yang tersirat disebaliknya. InshaAllah.

Kata-kata inspirasi untuk kita semua.

1. Rumah mewah bukan jaminan keluarga bahagia, kerana saling mengasihi, menghormati, dan memaafkan, itulah kunci keluarga bahagia yang sebenarnya.

2. Gaji tinggi bukan jaminan kepuasan hidup, kerana rasa bersyukur, berkongsi rezeki, dan saling menyayangi, itulah kunci kepuasan hidup yang sebenarnya.

3. Kaya raya bukan jaminan hidup dihormati orang, tapi sikap jujur, sopan, murah hati, dan menghargai sesama manusia, itulah kunci hidup kita akan dihormati.

4. Hidup berfoya-foya bukan jaminan banyak sahabat, tapi sikap setia kawan, bijaksana, mahu menghargai, menerima sahabat  seadanya dan suka menolong, itulah kunci ramai sahabat di samping kita.

5. Kosmetik bukan jaminan kecantikan, tapi semangat, kasih, ceria, ramah, dan senyuman, itulah kunci kecantikan yang sebenarnya.

6. Sekuriti dan tembok rumah yang kukuh bukan jaminan hidup tenang, tapi rasa hati yang damai, kasih dan tiada kebencian itulah kunci ketenangan dan rasa aman.

7. Hidup kita itu sebaiknya ibarat “bulan dan matahari” walau dilihat orang atau tak, ia tetap bersinar. Dihargai orang atau tak, ia tetap menerangi. Diterima dan dikasihi atau tak, ia tetap “berkongsi”.

8. Jika kita fikir kita susah, banyak orang yang lebih susah dari kita. Jika anda fikir kita kaya, banyak orang yang lebih kaya dari kita. Di atas langit, masih ada langit. Suami, isteri, anak, jawatan, harta adalah "anugerah sementara". Itulah lumrah kehidupan.

9. Nikmatilah hidup selama kita masih memilikinya dan terus belajar untuk bersyukur dengan keadaan kita sekarang! Kerana kita tak akan tahu bila Sang Pemilik Jiwa dan Raga akan datang dan mengatakan pada kita, “Ini saatnya pulang!", memaksa kita meninggalkan apa pun yang kita cintai, dan kita banggakan, serta sombongkan.

Semoga bermanfaat dan memberi inspirasi pada kita. 

Sumber : Whatsapp Group!

2 comments:

  1. Kata-kata yang baik. May I copy

    ReplyDelete
  2. Siqah suka baca ayat2 indah dan motivasi begini. Tq for sharing :)

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews