Selamat menyambut tahun baru 2016.

By Cikla Shahril - December 31, 2015

Wah, pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun 2016. Hari ni dah last day tahun 2015. Kejap je masa berjalan. Walau apapun, syukurlah kerana kita semua masih diberi kesempatan untuk menikmati pahit manis kehidupan sepanjang tahun 2015. Dan, syukur jugak sebab kita diberi kesempatan untuk menikmati tahun yang akan datang ini, tahun 2016. InshaAllah.

Rasanya memang banyak peristiwa pahit manis yang berlaku sepanjang tahun 2015 ni kan. Peristiwa jerebu teruk yang melanda negara, kejadian gempa bumi di Sabah, dan kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil. Banyak lagi peristiwa yang berlaku, klik sini untuk baca.

Selamat menyambut tahun baru 2016.
Selamat menyambut tahun baru 2016.

Cikla nak ucapkan Selamat Menyambut tahun baru 2016. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Yang Maha Esa, dan sukses selalu. Aamiin.

Agak agaknya dah tercapai ke impian dan azam korang tahun ni? Apa azam korang tahun 2016? Ke azam tahun ni di bawak ke tahun depan? Hihi.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments