Orang cakap, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. P.Ramlee pun dah nyanyi dah ayat yang sama kan? Biasalah, dalam hidup berumah tangga adalah pasang surutnya. Tipulah kalau kita nak cakap hubungan kita dengan pasangan kita sentiasa tenang kan. 

Kadang-kadang mesti ada "perselisihan" kan. Cuma macam mana cara kita mengatasi dan menghadapinya "pergolakan" itu. 

Sebenarnya kita boleh je berusaha untuk mengelakkan diri kita dari terjebak dengan konflik antara pasangan kita, khususnya suami isteri. Semuanya kita yang tentukan, samada baik atau sebaliknya. 

Orang cakap, setiap masalah yang timbul mesti ada jalan penyelesaiannya. Cikla bukan nak cakap cikla dan encik suami sentiasa "ok", maknanya kadang-kadang ada jugak gaduh-gaduh manja. Lepas tu dah ok balik. 

Tapi takdelah sampai berlarutan. Salah seorang kena mengalah. Itulah point nya di sini. Toleransi dan mengalah. Meh cikla nak share sikit apa tips yang boleh kita gunakan untuk elak konflik antara suami isteri.

Jangan buruk sangka. 
Sebenarnya bukan dengan pasangan je kita jangan buruk sangka. Dengan orang sekeliling pun sama. Bersangka buruk akan menjadikan hati kita tak tenteram, sentiasa fikir yang bukan-bukan. 

Hal negatif aje ada dalam kepala tu. Padahal, pasangan tu takde buat apa pun. Lepas tu, soal jawab pasangan macam-macam, akhirnya bergaduh. Adusss, taknaklah sampai macam tu sekali.

Kan elok kalau kita tak buruk sangka. Agak agak kalau kita syak yang pasangan kita tu ada "apa-apa", kan lebih elok tanya direct kat dia. 

Dengar apa penjelasan dia. Apa yang tak puas hati cakap depan depan. Takdelah jiwa tu sentiasa berkecamuk, ye tak?

Selain tu, kita mestilah menerima setiap malah semua kelemahan pasangan kita dengan hati terbuka dan seikhlas hati dan begitu jugak dengan dia, menerima semua kelemahan kita dengan ikhlas. 

Kemudian, saling membantu untuk mengatasi kelemahan masing-masing. Kita tau kan, kita dengan pasangan seharusnya saling lengkap melengkapi, betul tak?

Ada masalah, jangan simpan.
Betul tu, kalau kita ada masalah jangan simpan peram sampai dan "masak" ranum. Cepat-cepat settle kan sebelum ia melarat menjadi bertambah buruk. 

Tak kiralah penyelesaiannya manis atau pahit, kita kena terima dengan hati yang redha.

Bila membincangkan masalah, mestilah dengan hati dan sikap yang terbuka. Jangan yang sana dah temper, yang sini pulak dah terbakor. 

Apa lagi makin maraklah api permasalahan tu. So, cool babe! Kalau dah berbincang sesama sendiri tak settle-settle jugak, dapatkanlah pulak nasihat dari mereka yang pakar, seperti kaunselor.

Kawal diri dari terlalu beremosi.
Betul, kadang-kadang emosi dapat memberi kita impak yang baik tak kira jugak yang buruk. Kalau emosi marah menguasi diri, hati kita mesti taknak dengar penjelasan dari pasangan. 

Mana taknya, asyik nak marah je. Pasangan baru start sikit, dah melenting-lenting. Itu belum lagi dengan maki hamun dan kata-kata kesat. Ishhh ishhh, tak baik begitu.

Sebenarnya, pengawalan emosi dalam hubungan amat penting. Kalau kita asyik beremosi, dengan hal kecik pun emosinya kemain lagi. 

Macam mana nak settle masalah. At last, masalah tak settle, malah makin bertambah.

Komunikasi, komunikasi, komunikasi.
Haaa, sampai tiga kali cikla repeat sebab nak tunjukkan betapa pentingnya komunikasi berkesan antara pasangan. 

Kalau ada apa-apa yang musykil atau tak puas hati, tanya dan bersuara. Jangan diam je. Yang sana diam, yang sini senyap, macam mana tak timbul konflik. Lepas tu, mulalah buat andaian sendiri. Andaian negatif pulak tu.

Yang paling tak best, berkomunikasi guna orang tengah, ada pulak posmen tolong sampaikan pesan. 

Kalau posmennya jujur takpelah, ni kalau posmennya niat tak baik, sampai hal yang tidak tidak sebab nak laga lagakan, kan dah tak best, silap-silap perang lagi besar nanti, betul tak? Ingat tu, berkomunkasi itu penting yang amat.

Bagi cikla, sentiasa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hadapi semua masalah yang timbul dengan tenang dan matang. Lagipun, setiap masalah mesti jalan penyelesaiannya. 

Kalau kita sayangkan pasangan kita, kita mesti usaha nak settle kan kalau ada masalah yang timbul dan bukannya jadikan itu sebab untuk berkonflik dan seterusnya berpisah.

Sumber tips : Facebook.com/beritahangat