Elak sakit gigi semasa mengandung.

Alhamdullilah, sebelum ni tiga kali cikla mengandung memang tak pernah kena sakit gigi. Bukan apa, ibu mengandung juga boleh terkena sakit gigi. 

Itu sebab dalam rawatan rutin klinik mengandung telah ditetapkan jadual untuk rawatan gigi. Ini perlu sebab nak pastikan gigi ibu sentiasa baik dan tak sakit. 

Tapi, kalau ada gigi yang rosak, gigi tu memang tak boleh dicabut sepanjang tempoh mengandung.

Sebenarnya, sakit gigi semasa mengandung adalah biasa sebab ia berpunca dari perubahan hormon, yang membuatkan gigi jadi lebih sensitif nak nak pulak masa makan atau minum. 

Lagipun, ubat bius yang digunakan dalam proses memcabut gigi tu akan memberi kesan pada baby dalam kandungan.

Kalau korang nak tau, gigi ibu yang mengandung akan menjadi lebih sensitif sebab dentin terbuka menjadikan enamel menipis atau gusi menurun. 

Kadang-kadang rasa ngilu juga ada sebab dentjn mempunyai saluran yang sangat kecil yang bersambung dengan saraf gigi. Rasa ini juga berpunca dari cara ibu tersebut memberus gigi yang salah. 

So, ibu kena berus gigi perlahan-lahan supaya gusi dan enamel yang dah sedia nipis tak terjejas.

Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan, antaranya letak ais batu, caranya balut ais dengan kain dan letak pada tempat yang sakit. 

Guna daun sirih pun boleh, dengan mengunyah daun sirih pada gigi yang sakit kemudian berkumur dengan air suam. Selain tu, boleh juga berkumur dengan air garam (ni cikla pernah buat dulu) atau bawang putih. 

Kumur-kumur lebih kurang 1 minit 3 kali sehari setelah 30 minit lepas makan. Kalau tak menjadi jugak, ambil bunga cengkih dan kunyah di tempat yang sakit. Lepas tu, kumur.

Elak sakit gigi semasa mengandung.
Elak sakit gigi semasa mengandung. Image from Google.

Ada beberapa tips untuk bersihkan mulut kita. Apa yang penting kita mesti buat pembersihan rutin gigi dan gusi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. 

Ada sesetengah ibu mengandung alah pada berus gigi, so carilah berus gigi yang soft atau saiz kecil. Pakai berus gigi anak pun tak ape. Hehe. Kalau alah pada ubat gigi pulak, guna aje ubat gigi kanak-kanak, itupun kalau dah terpaksa. 

Tapi, pastikan ubat gigi yang berflourida tau dan jangan lupa gunakan flos lepas makan atau nak tidur.

Selain tu, berkumur dengan ubat kumur antiseptik sebab ia membantu membersihkan permukaan gigi, mengeluarkan sisa makanan dan menghilangkan lapisan plak serta bebaskan kuman secara overall sehingga ke rongga-rongga mulut. 

Kalau ibu muntah (biasalah orang mengandung kan mesti uwek uwek) jangan lupa kumur tau sebab ia dapat kurangkan asid dalam mulut tu.

Sebenarnya, pengambilan makanan yang sihat dapat mengelakkan sakit gigi. 

Tolong kurangkan makanan manis dan melekit di samping mengambil makanan yang tinggi vitamin B6 (bijian dan kekacang) dan tentunya vitamin C (buahan dan sayuran hijau). 

Kerana ia dapat melindungi gigi supaya lebih kuat dan tak mudah berdarah. Selain tu, kita semua tau kam kalsium memang penting utnuk gigi dan gusi yang sihat dah kuat. So, banyakkan mengambil makanan tinggi kalsium tau.

Cikla harap info dan tips di atas berguna khasnya untuk ibu hamil khasnya. Bak kata Maria Farida, "jaga baik-baik." Hehehe.

Sumber : Majalah Wanita.

2 comments:

  1. Lagi satu. Pastikan pengambilan kalsium semasa mengandung adalah mencukupi. Masa mengandung kalsium kita diambil untuk membentuk tulang bayi dalam kandungan. Kalau kalsium tak cukup, mulalah sakit sana sini termasuk sakit gigi. :D

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews