Advertisement

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

JALAN-JALAN KE MUZIUM ALAM SEMULAJADI, PUTRAJAYA. Semalam, lepas balik dari kenduri kawin dan lepas settle kan beberapa hal, kami sekeluarga singgah di Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya. Nak balik umah, macam awal lagi kot. So, kami singgahlah sini. Rasanya muzium ni dah lama bukak kot, cuma cikla je terlambat tau. Haha. Nampak sangat tak amik pot. Keh keh keh. Ini pun hubby yang beria-ia nak bawak anaknya pergi tengok haiwan. 

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Memula tu macam sesat jugak nak cari muzium ni. Haha. Boleh pulak sesat kan. Kami masuk dekat Taman Rimba Alam tu. Ingatkan muziumnya kat dalam kawasan tu. Rupanya, kat tengah-tengah bandar rupanya. Mujur ada Google Map membantu.

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya. Peta untuk ke muzium.

Alhamdullilah, sampai jugak kami. Masa sampai tu, kami terkonpius jap. Buka ke tidak, sebab kat parking lot memang kereta kurang. Suruh hubby pergi tanya guard, rupanya memang bukak. Anak anak cikla dah excited dah... 

So, kami pun melangkah masuk ke dalam muzium. Nak masuk muzium ni, kenalah charge sikit. Dewasa (Warganegara Malaysia) termasuk budak budak atas 12 tahun kena bayar RM2 sekali masuk. Budak-budak bawah 12 tahun dengan student beruniform sekolah free. Manakala, dewasa (bukan Warganegara Malaysia) termasuk budak-budak atas 6 tahun kena bayar RM5 sekali masuk. Bila masuk dalam muzium, rupanya ramai jugak orang datang tengok. Ingatkan takde orang. Memang sunyi damai je... 

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Masa mula-mula melangkah masuk, terkejut cikla dengan rangka ikan paus yang diletakkan di depan pintu masuk utama. Ingatkan tulang denasor, tulang ikan rupanya. Ala, tapi cikla tak snap pulak gambar tulang tu barang sekeping dua. Huhu.... dah jom kita cuci mata sat tengok gambar yang cikla sempat amik....

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Kalau korang nak tau, semua binatang yang ada kat sini adalah binatang sebenar yang telah diawet. Tetiba cikla terbayang pulak, macam manalah diaorang nak awet gajah rimau buaya yang besaq gedabak tu kan? Adik ammar punyalah seronok dan riang rasa di hati, sebab cikla bagi dia kebebasan untuk berjalan sendiri. Aduhai, tapi lasak tak ingat punya. Dia tak takut dengan haiwan haiwan tu semua. Grrrrr.... cikla pulak yang macam geli je tengok haiwan haiwan tu, nak nak pulak katak, tikus dengan ular... eeeee geli mak nak.... huhu....

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Haiwan yang dipamerkan kat sini terdiri dari haiwan mamalia macam gajah, harimau, spesis monyet, orang utan dan lain lain. Panda bear je takde. Pastu, ada jugak spesis burung, ikan dan tumbuhan hutan yang popular macam bunga rafflesia. Geng katak ular dengan pak buaya pun ada gak. Dapatlah tengok buaya puchong yang popular tu... memang besar ya ampun.....

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Anak anak cikla pun sempat jugak posing dengan haiwan tu semua. Tengoklah aksi mereka. Budak budak memang suka bergambar. Suruh posing je, tau je gaya apa nak buat. Hahaha....

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Muzium ni ada dua tingkat. Tingkat dua dipamerkan spesis serangga dan jenis jenis mineral bumi. Ala, cikla tak amik gambar serangga-serangga ni semua. Lagipun, cikla tengok tingkat dua ni macam under renovation lagi. So, macam tak berapa menarik.

Dah puas kami ronda ronda dalam tu, posing sikit sana sini, kami pun balik. Bagi cikla, muzium tu oklah jugak. Bagus untuk pengenalan awal haiwan kepada budak budak. Paling tak pun, diaorang kenallah jugak macam mana rupa gajah dengan rimau kan.

Tapi kan, pendapat cikla pihak muzium kena upgrade kan lagi infrastruktur muzium dan tambah lebih banyak haiwan dan tumbuhan hutan lagi. Nak nak pulak haiwan dan tumbuhan yang jarang dan tak pernah kita tengok... lag fun.... kan. Kalau korang ke Putrajaya, singgahlah sini. 

More info klik SINI. Sumber maps : Google maps.

Post a Comment

3 Comments

  1. Wah.. Kalau bawa anak-anak mesti best ni..tapi dah jauh nak g...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. bdk2 mmg happy dtg sini dpt tgk haiwan... xpe.. nnti bila free kak maria turun sini cuti cuti.. hehe

      Delete

  2. Jom melawat Muzium Warisan Melayu di UPM Serdang Selangor
    -Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_warisan_melayu-4392

    http://www.sciencepark.upm.edu.my/public/edupark-6222

    ReplyDelete