Pagi-pagi lagi cikla dah share tips kan. Berbalik pada tajuk kat atas tu, bagi cikla bagi seorang ibu kita mesti impikan ruang dapur yang selesa dan luas sebab mudah untk sediakan juadah untuk keluarga tersayang. Tercari-cari jugaklah tips luaskan ruang dapur. Betul tak? Lagipun, ruang dapur kan antara ruang favourite kita. Hehe. Macam cikla pun, memang suka sangat kalau 'bekerja' didapur yang luas. Senang nak bergerak. So, kerja pun jadi cepat siap.
Kalau kita menyewa rumah, dah tentu ruang dapurnya tak penuhi citarasa kita. Rumah macam apartment selalunya ruang dapurnya kecil berbanding rumah taman. Lainlah kalau kita buat rumah sendiri, so pasal ruang dapur tu dah tentu akan ikut citarasa kita, keluasan ruang dan dekorasinya. Jangan risau, kat sini cikla nak share beberapa tips yang mungkin boleh digunapakai untuk meluaskan ruang dapur kita. Manalah tau salah satu tips ni berguna untuk kita. Ye tak?
Tips luaskan ruang dapur. Kredit Google. |
Tips pertama :
Pandai pilih perabot. Seeloknya perabot yang pilih sesuai dengan ruang dapur kita, tak kiralah dapur kita itu mempunyai ruang besar atau kecil. Lagi satu, kita kena pandai menyusun atur perabot supaya ruang dapur kita tak nampak sempit dan berserabut.
Tips kedua :
Pandai pilih warna. Jangan ingat bilik tidur dan ruang tamu je penting dalam pemilihan warna. Dapur pun sama. Ia penting untuk menaikkan mood kita nak nak pulak masa menyediakan juadah untuk keluarga. Warna tanah sesuai untuk ruang dapur bagi menjadikan ruang dapur kita nampak 'bertenaga'. Jangan pilih warna gelap sebab ia akan menjadikan ruang dapur kita lebih kecil dan sempit. So, tak best dah nak masak kan? Hehe.
Tips ketiga :
Hiasan dikurangkan. Ada orang suka letak macam macam perhiasan deko di dapur. Sebenarnya, memang kita boleh letak tapi janganlah terlalu sarat. Nanti dapur nampak crowded. Kalau setakat nak gantung frame bergambar atau botol kaca berwarna boleh, tapi hadkan. Lagi bagus kalau kita letak rak, so that kita boleh susun semua hiasan tadi secara minima dan tak keterlaluan.
Tips keempat :
Pandai pilih jubin. Dalam pemilihan jubin, apa yang penting adalah dari segi saiz, warna, corak dan bahan yang digunakan. Kalau boleh jangan pakai jubin yang terlalu licin dan warna gelap. Jubin berwarna pastel dan bersaiz sederhana besar adalah lebih sesuai, barulah dapur kita nampak wow kababom. Hehe.
Tu sebab ada orang yang sanggup berhabis duit ringgit demi mendapatkan dapur idaman. Takpelah sesekali melaburkan wang kat untuk dapur kita kan. Nanti kita juga yang rasa tenang je bila duduk kat dapur. Nak masak untuk keluarga pun bertambah semangat. Betul tak? Hehe. Semoga tips di atas berguna untuk kita.
Sumber tips : Ruangan tips dekorasi, Majalah Wanita.
No comments: