Majlis Konvokesyen PASTI Nurul Hidayah.

Sebelum ni cikla ada up entri mengenai majlis konvokesyen tadika KEMAS kakak Batrisyia. Yang tu belah pagi, Majlis Konvokesyen PASTI Nurul Hidayah pulak belah petang. 

Memang cikla saja sekolahkan kakak Batrsyia pagi petang. Bukan apa, elok jugak sebab masa-masa dia terisi dengan aktiviti yang berfaedah. 

Boleh belajar, membaca, mengira, bergaul dengan kawan-kawan sebaya dia. Sekurang-kurangnya, takdelah dia 'culture shock' bila dan sekolah nanti. Pandai bawak diri, jaga diri dan cari kawan.

Sebenarnya majlis konvokesyen ni untuk meraikan kanak-kanak 6 tahun yang akan tamat seisi pembelajaran di PASTI. 

Tahun depan dan masuk darjah 1 kan. So, kanak-kanak 5 dan 4 tahun pun dapat hadiah jugak. Tahun ni kakak Batrsyia dapat 2 piala. Piala peningkatan prestasi dengan piala kedudukan ke-5. Kira top 5 lah ni. Syukurlah. 

Ibu bangga dengan kakak. Hadiah lain yang dia dapat, set alat tulis dan buku latihan latih tubi. Jom kita tengok gambar kenangan yang cikla sempat amik.

Majlis Konvokesyen PASTI Nurul Hidayah. 

Majlis bermula seawal 7.30 pagi dimulakan dengan pendaftaran kanak-kanak dan ibu bapa. Lepas tu, ucapan aluan oleh pengerusi majlis dan bacaan doa. 

Acara diselang-selikan dengan persembahan dari kanak-kanak seperti nasyid, bacaan surah pendek dan sajak. 

Memang kagumlah sekejap cikla tengok kanak-kanak ni lancar baca surah dan baca sajak pun bukan main bergaya lagi, hehe.

Macam biasalahkan, kalau majlis macam ni mesti ada ucapan dan ucapan. Ia dimulai oleh ucapan dari pengerusi PASTI, ucapan dari wakil ibu bapa dan ucapan dari wakil kanak-kanak 6 tahun.

Majlis berakhir dalam pukul 12 tengah hari, dan sebelum majlis bersurai macam biasalah ada jamuan ringan.

Majlis Konvokesyen PASTI Nurul Hidayah. 

Majlis Konvokesyen PASTI Nurul Hidayah. 

Majlis Konvokesyen PASTI Nurul Hidayah. 

Kakak Batrisyia cuba lagi yang terbaik tahun depan. Ibu selalu doakan kakak pandai belajar. Semoga menjadi kebanggaan ibu dan ayah sentiasa. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews