Sotong masak kunyit pedas.

Dah dinner ke belum? Ke nak supper terus. Hehe. Memalam ni cikla nak share resepi sotong pulak. Jom tengok macam mana nak buat.

Sotong masak kunyit pedas.
Sotong masak kunyit pedas.

Apa bahannya?

1/2 kilo sotong. 
1 biji bawang merah (dihiris). 
1-2 ulas bawang putih (dihiris).
1/2 inci halia (dihiris).
4 sudu cili giling (pedas ikut suka).
1 biji bawang holland (potong bulat).
1 biji cili merah (potong nipis dan serong).
Minyak, garam, gula, perasa, dan serbuk kunyit.

Macam mana nak buatnya pulak?

Senang je nak buatnya. Mula-mula, sotong dibersihkan dan potong 2. Kepala sotong pun dibersihkan gak. Lepas ditoskan airnya, perap sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Selepas itu, panaskan minyak. Goreng sotong yang diperap separuh masak. Tutup kuali masa goreng sotong sebab kadang-kadang sotong meletup-letup. Angkat sotong dan ketepikan. Kurangkan sedikit minyak gorengan sotong tu, kemudian tumis bahan dihiris sampai kekuningan. Setelah itu, masukkan cili giling dan goreng sampai garing. 

Bila bahan tumisan nampak garing, masukkan sotong, bawang holland dan cili merah serta sedikit air. Gaul rata dan biarkan seketika. Bila kuah sotong dah menggelegak, masukkan garam, gula dan perasa, kemudian gaul lagi. Padamkan api dan bolehlah diangkat. 

Tapi korang kena ingat, jangan masak sotong lama sangat sebab nanti sotong jadi liat. Selamat mencuba.

4 comments:

  1. pergh! cikLa....lapar seh tengok sotong ni...meh pos ke saya sikit boleh?
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.... boleh.. bak halamat... keh keh keh..

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews