Korang pernah makan pedal ayam tak dan korang tau tak pedal ayam tu apa? Pedal ayam tu kalau senang nak kenal yang selalu dengan hati ayam tu. Bulat dan selalunya diselaputi lemak. Senang cakap, tempat bahan kumuh ayam. So, cikla nak share satu resepi ringkas yang kita boleh buat guna pedal ayam ni. Kita tengok bahan-bahannya dulu.

Pedal ayam goreng kunyit.
Kredit Google 


Apa bahannya ya?

Bahan-bahannya adalah seperti di bawah:

1/2 kilo pedal ayam yang telah dibersihkan. Potong kecik.
1-2 biji bawang merah (hiris).
2-3 ulas bawang putih (hiris).
1/2 inci halia (hiris).
1 labu bawang kuning sederhana besar (potong bulat).
1-2 biji cili merah (hiris serong).
Minyak untuk menggoreng.
Garam, gula, perasa dan serbuk kunyit.

Macam mana nak buatnya pulak?

Senang je nak buat. Panaskan minyak. Gaul pedal ayam dengan garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Jangan garing sangat nanti pedal jadi keras. Lepas tu, angkat dan ketepikan. Tumis bahan hiris (kecuali cili merah), sampai kekuningan. Setelah itu, masukkan pedal, bawang yang dipotong bulat dan cili merah. Tambahkan garam, gula dan perasa, kemudian gaul rata. Dah rata, padamkan api dan bolehlah diangkat. Siap! Macam mana hasilnya? Inilah hasilnya, taraaaa.

Kalau korang nak tambah sayur pun boleh macam kacang panjang, carrot atau bunga kobis. Lagi sedap tau, kruupp kraappp kruuppp krapppp bila makan. Rangupnya sayur tu semua. Nak tambah isi ayam atau hati ayam pun boleh, janji kena goreng dulu separuh masak macam pedal tu. Selamat mencuba ye.