Kari ayam mak paling sedap sedunia!

Amboi, bukan lagi puji kari ayam buatan mak dia ye. Ni nak bodek ke apa ni. Mak jangan salah sangka tau. Pujian tu memang ikhlas dari hati anakmu ini. Hihi. 

Tapi betullah, cikla dah rasa macam-macam jenis kari buatan orang yang berlainan. Dari kari melayu sampailah ke kari mamak. Tapi, kari mak cikla jugak yang paling best. Ala, nak tunjuk gambar kari mak cikla takdelah pulak. Huhu.

Masa lunch tadi tetiba takde mood pulak nak masak. So, cikla belilah lauk kat kedai. Tengok-tengok menu macam sama je. Sekali terpandang kari ayam kat kedai tu. 

Tengok stail macam sama dengan mak cikla punya. Kecur liur lak tengok. Tak nak kempunan punya pasal, cikla rembatlah dua ketul. Ok juga, besar pun besar. Kira cukuplah untuk kami sekeluarga.

Kari ayam mak paling sedap sedunia!
Kari ayam mak paling sedap sedunia!

Balik rumah, memang tak sabar nak cuba. Ermmm,rasa boleh tahan, tapi memang tak sama. Kari mak jugak pujaan hati. Haha. Kalau kari mak, silap-silap haribulan satu periuk pun boleh habis. Tengok, sampai macam tu sekali penangan kari mak.

Hari tu, cikla ada jugak masak kari ayam. Memang sebijik sejibon resepi mak punya. Cikla ada up entri pasal kari ni, klik sini nak baca. 

Tapi itu resepi untuk daging. Bahan sama je, cuma tukar daging itu dengan ayam. Dah siap masak, rupa memang sama. Tapi rasa lain. Aiseh, cikla fikir-fikir apa yang kurang ek. 

Ermm, entahlah, mungkin masa menumis kot, kena betul-betul garing sebelum masukkan ayam dan santan.

Eh eh. Jangan bosan pulak tau kalau kali ni cikla up entri pujian untuk mak cikla tersayang. Tapi, betul jugak orang cakap air tangan maklah yang paling sedap dan masakan maklah yang paling lazat. 

Mak kalau masak telur dadar pun sedap. Sampai bertambah-tambah nasi. Korang jomlah share makanan buatan mak korang yang menjadi kegemaran. Hehe.

#loveyouMUM

1 comment:

  1. Rindu juga kat masakkan ibu sebab dah lama dah tak pernah merasa masakkan ibu...Diana pun masakkan lah yang paling sedap...

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews