Selamat Datang Bulan Kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Perkongsian ini diharap akan dapat menjentik sedikit hati kita untuk selalu ingat dan kasih pada junjungan mulia, Rasullullah SAW.

Selamat Datang Bulan Kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Selamat Datang Bulan Kelahiran Nabi Muhammad SAW. Kredit Google.

  • Bila aku tak suka pada rasa makananku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar. 
  • Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ hanya punya dua helai baju seumur hidupnya.
  • Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku, aku teringat pada baginda Muhammad yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya. 
  • Bila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain, aku teringat pada baginda Muhammad yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya. 
  • Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku. 
  • Bila aku kecewa pada mereka yang banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda Muhammad yang sentiasa memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat jahat padanya. 
  • Bila aku berfikir tentang mereka yang membenci aku, aku teringat pada baginda Muhammad yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghinanya. 
  • Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda Muhammad yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yang hebat hanya dari Allah SWT. 
  • Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu. 
  • Bila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku, aku teringat pada Baginda Muhammad yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yang dicintai dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku!

Assalamualaika ya Rasulullah. Assalamualaika ya habiballah. Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar, contoh terbaik sepanjang zaman. Terima kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam. Syafaatkan daku di akhirat nanti. Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah.

Selamat datang bulan kelahiran nabi  Muhammad SAW.

Sumber :  Whatsapp group.

4 comments:

  1. Bibarkati habibuna rasulillah semoga kita mendapatkan syafaat beliau di hari akhirat kelak

    ReplyDelete
  2. Bibarkati habibuna rasulillah semoga kita mendapatkan syafaat beliau di hari akhirat kelak

    ReplyDelete

Powered by Blogger.