VAPE haram!

Rasanya isu vape ni isu lama kot.Sebelum ni, memang dah heboh pasal isu vape ni. Tak kiralah dalam media cetak atau media elektronik (cewahhh ayat skema). Isu yang sering dibangkitkan adalah haram ke hisap vape ni dan macam-macam isu lagilah. Sejujurnya, dulu masa awal kemunculan vape ni, suami cikla pun ada hisap jugak vape ni. Tapi, kejap je. Dia hisap vape ni pun sebab terpengaruh dengan kawan-kawan dan orang sekeliling dia barangkali.

Masa dia tengah dok "gila" hisap menatang ni, cikla ada jugak bebel suruh dia jangan hisap. Vape lagi bahaya dari rokok tu. Pendek kata, vape dan rokok dua dua bahayakan kesihatan. Tapi sekarang dia dah berhenti pun. Baguslah.

Berbalik pada isu vape ni, baru-baru ni Majlis Fatwa Kebangsaan setuju mengatakan bahawa hukum penggunaan vape adalah haram. Menurut pengerusinya, "Dari sudut syariah, penggunaan vape memudaratkan pengguna sama ada cepat atau lambat. Adalah dilarang mengambil bahan memudaratkan secara jelas atau tidak, segera atau secara perlahan boleh membawa kematian,  kerosakan anggota, membawa penyakit bahaya atau sebarang kemudaratan pada akal."

Menurutnya lagi, bahan yang memudaratkan tidak mempunyai manfaat muktabar (maksudnya, kalau ada manfaat, ia sangat kecil jika dibandingkan dengan mudarat yang lebih besar). Vape juga termasuk dalam perkara jijik (khabiith) seperti memudaratkan dan bau busuk. Selain tu, ia juga dipertimbangkan dari pelbagai sudut termasuklah dari sudut Qiyas iaitu penggunaan vape disamakan dengan perbuatan minuman bahan beracun atau menghisap rokok biasa. Dari sudut Maslahah (kepentingan), Islam menekankan dari sudut umum/khas, iaitu perkara bermanfaat sesuai dengan hukum halal dan perkara mudarat sesuai dengan hukum haram.

VAPE haram!
VAPE haram! Sumber Google.

Nah, sudah terang lagi bersuluh kan, yang vape tu haram. So, kita diwajibkan menjauhi atau meninggalkan perkara yang boleh memudaratkan kepada diri kita. Bukannya syok pun hisap vape (rokok pun sama), membahayakan kesihatan dan membazirkan duit.

Fikir-fikirlah. Jauhi vape untuk kesihatan yang berkualiti.

Sumber : Harian Metro.

5 comments:

  1. tapi masih ramai lagi buat xendah..sedihnya...sob6
    T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... mungkin sbb seronok kot... sampai tak kisah dgn kesan jangka masa pjg nnti...

      Delete
  2. mmg patot haramkn pon. alhamdulilah :)
    rokok ptot haramkan sekali senang. alahai. -.-

    ReplyDelete
  3. Anonymous10 June, 2018

    Its a great pleasure reading your post.Its full of information I am looking for and I love to post a comment that "The content of your post is awesome" Great work. vape backlinks

    ReplyDelete

Powered by Blogger.