Advertisement

Selamat pengantin baru adikku....

SELAMAT PENGANTIN BARU ADIKKU... Sudah hampir seminggu adikku, Sumayyah Az zahra (nama samaran) menjadi isteri orang. Majlis yang berlangsung pada Ahad lalu, meriah walaupun dalam keadaan ala kadar. Tidak bermewah-mewah, cukuplah sekadar untuk meraikan pengantin baru dan menjamu saudara mara serta rakan taulan yang hadir.

Jom, cikla nak share sedikit gambar kenangan masa hari majlis. Tak sempat nak snap banyak-banyak, al maklumlah bizi bebenor di kala itu... keh keh keh.... Sebahagian dari hantaran pihak perempuan untuk pihak lelaki. Hantaran pihak lelaki tak dan nak amik gambarnya... hehe...

Selamat pengantin baru adikku....

Selamat pengantin baru adikku....
Selamat pengantin baru adikku....

"Rombongan cik kiah" belah lelaki. Datang jauh tu, dari Kelantan nu..... *kecek kelate deme wehhh...

Selamat pengantin baru adikku....
Selamat pengantin baru adikku....

Acara tazkirah untuk pengantin. Panjang jugak tok kadi bagi ceramah. Eloklah tu, nasihat untuk masa depan. Jangan ingat kawin tu best je, ingat tanggungjawab yang bakal digalas lepas ni... itu lebih penting..... *ehh... pandai nasihat orang ye... hehe... *syok kawin wehhh...

Selamat pengantin baru adikku....
Selamat pengantin baru adikku....

Alhamdullilah, dengan 2 kali lafaz (pengantin nebes kot), adikku dah selamat menjadi isteri orang. Syukurlah. Macam biasa, sesi lepas nikah, pastinya acara batal air sembahyang. Sarung cincin, cium tangan.....

Selamat pengantin baru adikku....
Selamat pengantin baru adikku....

Pengantin selfie sat dengan sedara dan kawan kawan... *cover debaran tunggu pengantin lelaki datang. (Snap gambar sebelum nikah).

Selamat pengantin baru adikku....
Selamat pengantin baru adikku....

Last acara, sebab takde acara sanding menyanding so acara makanlah. Makan apa? Makan beradap adap lah.. macam biasa. Dapatlah cikla rasa ayam tergolek dengan udang tercucuk.... hehe.... *seriusnya muka pengantin lelaki... hihi...

Selamat pengantin baru adikku....
Selamat pengantin baru adikku....

Kepada adik cikla dan suami, cikla nak ucapkan selamat pengantin baru dan selamat menempuh alam perkahwinan yang bahagia. Sentiasa saling memahami, percaya dan tanggungjawab. Isteri taat pada suami, dan suami pulak sayang pada isteri... Semoga dikurniakan anak anak yang comel, soleh dan solehah. Amin......

Post a Comment

6 Comments

  1. selamat pengantin baru adik cik la :D

    ReplyDelete
  2. selamat pengantin baru kepada adik cikLa!
    ^_^

    ReplyDelete
  3. wahh simple je kan. tahniah buat adk cikla smoga kekal ke jannah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. mmg simple.. hehe.. btw thanks..

      Delete