Allahumasolliala saidina Muhammad, waala saidina Muhammad. Sempena sambutan Maulidur Rasul, cikla nak share beberapa akhlak Rasulullah SAW yang boleh kita jadikan contoh terbaik dalam kehidupan seharian kita.
Lagipun, Rasullullah SAW adalah role model terbaik untuk kita jadikan contoh. Sunnah baginda merangkumi semua aspek kehidupan perlu kita jadikan ikutan dan amalan.
Sebenarnya, banyak rutin dan amalan baginda yang boleh kita ikut.
Antaranya adalah bangun sebelum Subuh. Lakukan solat sunat dan fardu Subuh secara berjemaah. Bangun sebelum
Subuh baik untuk kesihatan kerana kesegaran udara Subuh, dan ia baik
untuk mereka yang menghidap TB.
Kalau korang nak tau, waktu Subuh kaya dengan oksigen malah pada itu udaranya masih belum kotor dengan pencemaran udara. Bangun sebelum Subuh juga dapat mengelakkan strok dan penyakit darah tinggi.
Kalau korang nak tau, waktu Subuh kaya dengan oksigen malah pada itu udaranya masih belum kotor dengan pencemaran udara. Bangun sebelum Subuh juga dapat mengelakkan strok dan penyakit darah tinggi.
Baginda Rasulullah SAW juga mengamalkan meminum segelas air putih dan sesudu madu
sebagai sarapan rutin baginda.
Seperti yang kita tau, madu terkenal
sebagai penyembuh, dan air putih pula kaya dengan sumber mineral yang
baik untuk tubuh kita.
Selain itu, Rasullulah SAW, biasa mencampurkan cuka, minyak zaitun dan roti sebagai hidangan baginda semasa waktu tengah hari menjelang ke waktu petang.
Selain itu, Rasullulah SAW, biasa mencampurkan cuka, minyak zaitun dan roti sebagai hidangan baginda semasa waktu tengah hari menjelang ke waktu petang.
Gabungan
makanan ni dapat menguatkan tulang, mencegah angin ahmar dan dapat
menyingkirkan kolestrol dalam badan. Ia juga sangat baik untuk
menstabilkan suhu badan.
Sunnah Rasullullah SAW yang ni selalu kita dengar, iaitu menjaga kebersihan diri dan merapikan diri.
Setiap hari Khamis atau Jumaat, baginda akan mencuci rambut rambut
halus di pipi, potong kuku, bersikat dan pakai wangian.
Selain itu, Rasullullah SAW juga tak makan secara keterlaluan. Dalam badan manusia, terdapat tiga ruang untuk diisi dengan tiga benda iaitu 1/3 adalah untuk udara, 1/3 lagi untuk air dan 1/3 lagi yang lain untuk makanan.

Sabda
baginda, "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan
bila kami makan tidak pula terlalu banyak (tidak sampai
kekenyangan)."
Selain dari amalan di atas, baginda Rasulullah SAW juga suka berjalan kaki ke mana sahaja tak kiralah baginda ke masjid, ke medan jihad, ke rumah para sahabat atau ke pasar.
Sebenarnya, banyak kebaikan berjalan kaki ni, antaranya peluh akan keluar, peparu akan terbuka dan darah akan berjalan lancar. Jadi, ini dapat mengelakkan penyakit jantung.
Baginda juga akan menjaga emosi marah, sesuai dengan nasihat baginda supaya menjauhi sifat amarah dan marah.
Kalau kita sedang marah, ubahlah posisi diri kita, contohnya kalau ketika itu kita sedang berdiri, duduklah. Kalau kita sedang duduk, berbaringlah.
Paling baik, kalau kita rasa perasaan marah mula menguasai diri, cepat cepatlah berwuduk dan sembahyang sunat 2 rakaat untuk mencari ketenangan diri.
Sikap optimis dan tak mudah putus asa juga menjadi sifat Rasullullah SAW. Sikap sebegini akan memberi kesan psikologi untuk melapangkan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah, bertawakal kepada Allah SWT.
Baginda juga tak pernah iri hati kerana sikap sebegini akan menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa serta mental, dan selalu menasihati umatnya supaya berhati mulia dan tak simpan rasa iri hati pada orang lain.

Tapi, iri hati dibenarkan terhadap dua perkara, iaitu iri hati pada orang berharta yang dermawan dan iri hati pada orang berilmu tinggi tapi tak kedekut untuk berkongsi ilmu kepada orang lain.
Semoga perkongsian di atas akan memberi manfaat dan ilmu kepada kita semua. Sama-samalah kita memperbaiki diri kita menjadi lebih baik dan mencontohi akhlak baginda. InshaAllah.
Sumber : Ruangan Kisah Teladan Rasullulah, Majalah Wanita.
Semoga kita sentiasa tak lupa akan sunnahnya :)
ReplyDelete