Cantik ayat ni!

Kadang-kadang adik beradik yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit.

Kadang-kadang adik beradik yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Kadang-kadang adik beradik yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

Kadang-kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang adik beradik.

Cantik ayat ni....!
Cantik ayat ni....!

Kadang-kadang adik beradik yang selalu SMS DAN WATTSAPP kita, bukan kerana mereka takde benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA KITA.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada. Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing.

Satu hari anak-anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya, "Siapa mereka semua tu?"

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." TERIMA KASIH ADIK BERADIK.

Kata-kata yang sungguh mendalam. Betullah orang cakap, air dicincang tak akan putus, begitulah hubungan adik beradik. Walau bertelegah macam mana sekali pun, akhirnya pasti akan memaafkan jugak.

Sekalipun tak terucap di bibir, tapi dalam hati mesti tak sampai hati kan.

Sumber : Whatsapp Group. Gambar kredit internet.

5 comments:

  1. moral of the story: sayangi adiok beradik seperti mana kia menyayangi diri sendiri ;-)

    ReplyDelete
  2. Adik beradik.. gaduh macam mana pun pasti akan tetap berbaik..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews