Advertisement

Apa kata wanita pasal lelaki?

APA KATA PEREMPUAN PASAL LELAKI? Aiseh, tajuk kemain lagi ye. Ni entri kutuk ke nasihat? Eh eh, jangan salah sangka. Dah tentu entri nasihat. Sebagai seorang perempuan, cikla (dulu, masa sebelum kawin) dan perempuan perempuan di luar sana kadang-kadang suka bercerita pasal lelaki nak-nak pulak pasal penampilan mereka. Kalau nak tau, perempuan memang suka dengan lelaki yang mempunyai personaliti yang hebat dan vahhhh.... *nada kagum....

Apa kata cikla nak share apa yang perlu sang pria amik perhatian kalau nak menguasai penampilan diri supaya nampak macho di depan perempuan.

Apa kata wanita pasal lelaki?

Apa kata wanita pasal lelaki?
Apa kata wanita pasal lelaki? Sumber Google.

Paling penting, jaga bau badan.
Haaa, bagi cikla inilah yang terpenting kena jaga. Memang ada orang cakap bau badan lelaki ni jadi daya tarikan perempuan. Tak kiralah tarikan positif atau negatif, hehe. Yupp, macam tak boleh nak nafikan aje. Anda lelaki mestilah selalu peka dengan bau badan sendiri. Kita pun tau kan bau badan lelaki lebih kuat baunya daripada perempuan. Dah tau macam tu, pakailah deodorant ke body spray ke untuk kurangkan bau badan tu. Nak-nak pulak kalau awak tu kuat peluh, kalau tidak baunya memang,

Masyallah.... *jangan marah naa, cikla kabo yang betul....

Lelaki tinggi.
Memang tak dinafikan perempuan lebih suka lelaki tinggi sebab mungkin mereka merasa lebih selamat dan banggalah sikit kalau duduk sebelah lelaki sebegini. Tapi, lelaki rendah janganlah marah pulak, korang rendah tak bererti korang kurang karisma. Semuanya bergantung pada diri sendiri jugak. Jangan give up dan rasa rendah diri pulak ye.... *cheer up guys....

Bentuk badan.
Macam lelaki (maybe tak semua) mesti nakkan wanita yang ramping, cun melecun dan lain lain, haaa. Jangan tak tau perempuan pun nak jugak lelaki yang mempunyai bentuk badan "abang sado", perempuan suka dengan lelaki yang berbahu lebar dan berpinggang kecil... six pack gitu... hahaha.... *jap.. cikla nak cuba imagine.

Lelaki pandai melawak.
Kalau cikla, memang ni salah satu kritiria yang cikla nak, lelaki yang pandai buat lawak. Tapi, bukan lawak bodoh tau. Kan orang cakap, gurau senda bawa bahagia, betul tak? Hehe. Lagipun tak kan nak serius 24 jam kan. Ada masanya kita serius. Ada masanya kita melawak. Baru ceria hidup. Ada warna warninya....

Lelaki suka senyum dan "gigi".
Senyum... tak perlu kata apa apa.... orang cakap senyuman adalah senjata yang boleh merapatkan hubungan...  Senyumlah... pasti orang yang melihatnya merasa tenang... tapi ingat.. pastikan gigi anda bersih... nak nak pulak kalau lelaki yang merokok... pepaham je la kan.... hehe...

Hal sensual lelaki.
Biasanya perempuan bercakap soal sensual ni secara tertutup. Lelaki kena tau apa yang menarik perhatian perempuan untuk dibincangkan. Rasanya lelaki (yang dah berkahwin je tau) perlu amik tau jugak pasal kitaran haid si isteri dan hal-hal yang boleh menarik perhatian isteri untuk melakukan hubungan kelamin.

Daya tarikan.
Kadang-kadang perempuan suka jugak bercerita pasal daya tarikan seseorang lelaki itu.  Ini termasuklah keistimewaan yang dimiliki oleh sang arjuna. Tapi, selalunya berkaitan dengan sikap sebab lelaki budiman (gentleman) lebih disukai oleh perempuan walaupun lelaki itu tak mempunyai wajah yang kurang ensem.

Semuanya terpulang pada kita macam mana kita nak tampil segak depan orang. Cikla harap tips di atas dapat membantu korang memperbaiki mana yang kurang dan memantapkan mana yang dah sedia mantap. Barulah nanti jadi lelaki melayu terakhir, haha.... 

Sumber  : Ruangan Keterampilan, Majalah Wanita.

Post a Comment

0 Comments