Petua atasi sakit gigi.

Kali ni, cikla nak kongsi petua sakit gigi. Wah, sakit gigi? Jangan cakaplah betapa sakitnya kalau kena sakit gigi kan? Siapa tang pernah kena taulah macam mana rasa sakitnya tu. Jom kita tengok beberapa petua yang boleh kita guna kalau kita sakit gigi.

Petua atasi sakit gigi.
 Petua atasi sakit gigi. Gambar dari Google.

  1. Kapur sirih, caranya dengan mengunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sampai lumat. Agaknya kapurnya yang berketul-ketul tu agaknya. Ulang sampai rasa sakit gigi beransur hilang.
  2. Getah betik muda, kalau sakit gigi disebabkan gigi yang berlubang, ambil sedikit getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit menggunakan putik kapas. InshaAllah rasa sakit akan beransur hilang.
  3. Bawang putih, kalau gigi geraham yang berlubang, tumbuk seulas bawang putih sampai lumat dan letak sedikit cuka. Kemudian, masukkan bahan yang dah lumat tadi dalam lubang gigi.
  4. Akar temu lawak, rebus segenggam akar temu lawak dan segenggam biji sawi dengan air secukupnya. Rebus sampai mendidih dan tutupkan api kemudian biarkan sejuk. Bila sejuk, tapis dan minum airnya pada waktu pagi dan petang sampai sembuh.

Semoga petua ni dapat membantu kalau kita kena sakit gigi kan. Jujur cikla belum pernah cuba lagi petua di atas, kalau cikla kena sakit gigi cikla cuma berkumur dengan air garam yang suam. Itu je. Petua korang apa pulak ye? Share lah, kot-kot berguna di kemudian hari.

Sumber : Ruangan aneka petua, majalah wanita.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (453) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews