Advertisement

Rahsia lelaki : Perempuan kena tahu untuk pikat hatinya.

RAHSIA LELAKI : PEREMPUAN KENA TAHU UNTUK PIKAT  HATINYA. Mak ai, tajuk bukan main lagi. Teror sangat ke cikla ni nak korek korek rahsia lelaki ni. Ala, janganlah cakap macam tu. Cikla ni takdelah teror sangat, just nak share apa yang cikla baca ni. Baca punya baca, macam menarik pulak kan. So, tak salah rasanya cikla nak kongsi dengan perempuan-perempuan kat luar sana, terutamanya sang isteri yang nak pikat dan ikat hati suaminya. Paling tak pun, keep it as a knowledge. Betul tak?

Rasanya semua orang tahu yang lelaki ni memang kuat berahsia nak-nak pulak part heart and feeling ni. Betul tak kalau cikla nak kata, lelaki paling susah nak ucap I LOVE YOU. Rasanyalah kan lelaki ni dia tunjuk care and love dia melalui perbuatan, itupun kalau pasangan dia perasanlah. Macam mana dia amik berat dan protect pasangan dia. Kalau cikla, memang betul sangat sifat lelaki macam tu. 

Pssttt, kalau cik jah cik jah semua nak tau macam mana nak ikat hati lelaki (khasnya suami), kita kena tawan rahsia mereka. Apa pandangan mereka terhadap perempuan ni. *apa yang cikla nak cerita ni pasal lelaki (suami) dan perempuan (isteri). Lagi senang kan. Dah dah, jom kita cungkil apa rahsianya tu.

Rahsia lelaki : Perempuan kena tahu untuk pikat hatinya.

Rahsia lelaki : Perempuan kena tahu untuk pikat hatinya.
Rahsia lelaki : Perempuan kena tahu untuk pikat hatinya. Sumber Google.

Lelaki suka perempuan cantik.
Pergilah tanya mana mana lelaki, mesti hampir kesemuanya suka dengan perempuan cantik. Nak-nak pulak perempuan yang mempunyai susuk badan yang menawan kalbu. Tapi, perempuan pulak jangan cepat melatah. Setiap lelaki menilai erti cantik tu ikut diri memasing, sebab cantik tu terlalu subjektif.

So, isteri-isteri semua, lets start jaga badan kita. Paling tak pun jaga kulit wajah kita. Lepas tu jangan lupa senyum sebab itu pemanis muka. Kalau suami pandang nanti sejuk je mata. Suami pun, jangan lokek keluar duit untuk isteri nak cantik. Paling tak pun belanja isteri pergi spa sebulan sekali ke atau belikan isteri produk produk yang sesuai untuk isteri. Nanti yang cantik isteri siapa, isteri awak jugak. Betul tak?

Lelaki suka bersikap jujur dan berterus terang.
Mana ada orang yang suka ditipu oleh pasangan yang tak jujur kan? Jangankan lelaki, perempuan lagilah pantang tok nenek kalau lelaki tipu-tipu ni. Kalau ada masalah, berbincanglah. Bukannya tipu untuk tutup masalah. Nanti masalah lain yang datang pulak. Dah jadi hura hara lagi....

Menerima dirinya (lelaki) seadanya.
Sepatutnya semua pasangan mestilah menerima pasangan mereka seadanya. Lagipun, mana ada manusia yang sempurna. Itu sebab manusia dijadikan berpasang pasangan untuk saling melengkapi. Janganlah pandai pandai nak ubah diri dia jadi apa yang kita nak, sebab mungkin dia berubah pun bukan sebab dia memang ikhlas nak berubah tapi sebab terpaksa. Berubah sebab terpaksa, sorry to say lah memang tak kan kekal lama.

Fahami mereka supaya mereka akan memahami kita.
Saling memahami adalah kunci sebuah hubungan. Jujur cakap, walaupun kita mungkin dah kenal pasangan kita bertahun tahun dan ada yang dah jadi suami pun, tapi kita masih tak faham dia, betul tak? Cubalah untuk memahami mereka, sebab jangan tak percaya mereka jugak sedang berusaha untuk memahami kita. Lagipun, this is much better daripada kita cuba nak ubah dia dan menganggap kita tak sesuai dengan dia. Janji perangai tu tak bertentangan dengan norma norma kehidupan dan agama sudahlah...

Berubah untuk nikmati perubahan. 
Kita tak kan boleh ubah perangai orang melainkan orang itu berubah dengan kerelaan hatinya sendiri. Makna kita tak boleh nak paksa orang untuk berubah. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah dengan memujuk dan menasihati dia untuk berubah. Apa yang penting, kita juga kena berubah menjadi lebih baik, jadi kalau dia tengok kesungguhan kita berubah demi dia, mana tau terbuka pulak pintu hatinya untuk berubah jugak....

Jangan cepat menyerah.
Kita, sebagai perempuan jangan cepat menyerah kepada lelaki. Tak salah kalau jual mahal sikit dan tengok macam mana dia berusaha nak pikat kita. Kalau dia memang mahukan kita, dia mesti berusaha sedaya upaya dia kan, betul tak? Keh keh keh...

Jangan compare dia dengan lelaki lain.
Wah, ini memang pantang lah kan. Kita perempuan pun, memang tak suka sesangatlah kalau pasangan kita bandingkan kita dengan perempuan lain, memang nak cari gaduhlah tu kan. Nak-nak pulak dok banding bandingkan dengan ex, lagilah berasap telinga.... an an an. So, ingat jangan bandingkan tau.....

We are not a same world. 
Maknanya, dunia lelaki tak akan sama dengan dunia perempuan. Kebanyakan perempuan menganggap lelaki susah nak difahami, macam tu jugaklah dengan lelaki. So, try the best untuk faham dan faham. 

Apa yang penting keikhlasan kita menerima pasangan kita dan usaha kita untuk menawan hati mereka. Kalau betul kita sayangkan mereka, kita akan selalu berusaha untuk perbaiki mana yang kurang. Sama-sama berusaha memenangi hati antara satu sama lain, itu lagi penting kan. Tak kan sebelah pihak je berusaha bagai nak rak. Tali yang sebelah lagi, buat dek dek je. Aduii... frust sungguh....

Sumber :  Ruangan Dunia Lelaki,  Majalah Wanita.

Post a Comment

0 Comments