#copypaste Korang mesti baca ni : Rasa nak ke hospitallah, nak check covid-19.

By Cikla Shahril - March 23, 2020

Sharing ni memang sebiji dari apa yang di sharing oleh tuan punya post. Dengan rasa tanggungjawab, cikla share dekat sini, maybe ada yang belum baca lagi pasal ni. Jom baca dengan teliti, dan hadamkan baik-baik. Ok korang! 

#copypaste Korang mesti baca ni :  Rasa nak ke hospitallah, nak check covid1-9.
#copypaste Korang mesti baca ni :  Rasa nak ke hospitallah, nak check covid1-9. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Anda risau anda dapat COVID-19? Anda rasa anda perlu pergi ke hospital untuk rawatan? Anda bagus sebab anda concern pasal kesihatan anda dan orang sekeliling anda. Tapi, tunggu dulu! Kami sayang anda. Kami tak mahu anda yang SEBENARNYA SIHAT/TAKDE COVID-19 untuk berada di hospital dan berkumpul bersama-sama orang yang SUDAH DIJANGKITI COVID semasa menunggu untuk rawatan/berjumpa doktor. Jadi, jawab soalan-soalan di bawah sebelum anda keluar rumah dan bertolak ke fasiliti kesihatan KKM. 

1. Anda ada flu symptoms? (Demam melebihi 37.5, sesak nafas, batuk dan sakit tekak).

- Kalau YA, 1 POIN. 
- kalau ada SALAH SATU saja, TAK DIKIRA ya. 

2. Anda ada pergi ke mana-mana negara atau kawasan yang ada kes COVID-19 dalam masa 14 hari ni?

- China, South Korea, Jepan, Italy, Iran, etc.
- Join tabligh Sri Petaling, Church di Sarawak, atau anda dengar melalui berita bas yang anda naiki semasa perjalanan ke kampung ada pesakit +ve COVID-19. 
- Kalau anda berjalan bulan lepas, 2 bulan lepas atau tahun lepas, TAK DIKIRA. 
- Kalau YA, 1 poin. 

3. Anda ada close contact dengan sesiapa yang anda tahu positif COVID-19?

- Close contact bermaksud sentuhan, bersalaman, berpeluk cium arab, bersua muka, makan bersama dalam satu talam, duduk serumah, kerja dalam satu pejabat yang buat kerja bersama, etc.
- Contact yang tak dikira : Contact melalui telefon dan whatsapp, jerit “hai pakcik” dari jauh, anda berjalan dekat supermarket dan orang sebelah anda batuk (anda tak tahu pun orang tu siapa dan betul ke dia sakit). SUSPICION/ASSUMPTIONS TAK Dikira. (+anda pun tak sepatutnya berada di supermarket/tempat awam dalam tempoh larangan pergerakan ni).
- Orang yang SUDAH DISAHKAN positif COVID-19 takkan berada selain di hospital, jadi sekiranya ada saudara atau kenalan anda yang POSITIF COVID-19, dia akan dimasukkan ke dalam wad dan anda akan tahu.
- Orang yang SUSPECTED COVID-19 pun (PUI) setelah di ambil sampel di hospital, dia sepatutnya kuarantin di hospital atau di rumah masing-masing. Tak sepatutnya dia berjalan-jalan di tempat awam.
- Kalau anda kenal orang tu pun, tapi anda tak berjumpa dengan dia, tetap TIDAK DIKIRA.
- Jadi kalau anda ada positive Covid-19 contact, 1 poin. 

KEPUTUSAN. KALAU ANDA ADA :

0 poin :
- Anda berisiko rendah dijangkiti Covid-19. Duduk diam-diam kat rumah, elakkan daripada keluar rumah. Anda jangan ingat anda berisiko rendah, anda boleh keluar pula ya. Babap karang. 

1 poin :
- Anda berisiko sederhana dijangkiti Covid-19. Duduk diam-diam di rumah, self quarantine 14 hari dan monitor symptoms anda. Sekiranya semakin teruk setelah 5-7 hari, datang ke hospital untuk rawatan. (Kebanyakan demam biasa akan baik dalam masa 1 minggu). 

2 dan 3 poin : 
- Anda berisiko tinggi untuk dapat jangkitan Covid-19. Anda patut keluar rumah sekarang dan pergi check up dengan segera. Pesakit dalam golongan yang ini kami akan buat ujian saringan (swab). Pesakit yang ada dalam golongan ni jangan pula degil tak nak check, kesian kat ahli keluarga anda. Pergi ke hospital dan berikan maklumat lengkap berkenaan :

1. Symptoms ada sejak bila. 
2. Anda pulang dari mana dan bila tarikh nya. 
3. Siapa positive COVID-19 contact tersebut, hubungan anda dengan dia, dia dirawat di mana, bila anda berjumpa dengan dia dan anda buat apa dengan dia (salam, peluk, etc). 

-Sekiranya anda tak dapat sediakan maklumat-maklumat di atas ni, kebarangkalian untuk anda dapat COVID-19 adalah rendah sebab COVID-19 hanya boleh berjangkit melalui CONTACT. 

Jadi, elakkan diri anda daripada tidak sengaja mendedahkan diri sendiri kepada jangkitan COVID-19 di HOSPITAL. Anda bayangkan, semua orang yang datang ke hospital tu ada 2-3 poin dan anda seorang je yang sihat, berkongsi tempat duduk, berhimpit-himpit, bersesak-sesak menunggu rawatan hingga 2-3 jam, anda yang sihat pula dapat jangkitan COVID-19 secara tak sengaja. 

Di hospital pun, kalau anda ada 0-1 poin saja, kami akan arahkan anda untuk balik ke rumah. Anda pula akan rasa tak puas hati sebab anda datang ke hospital sebab anda sangat risau dan nak check COVID-19, tapi tak dapat. Sabar dan bertenang ya, senyum dan tarik nafas dahulu sebab itu adalah SOP KKM. 

KKM buat begitu untuk : 

1. Mengelakkan anda dijangkiti COVID-19 secara tak sengaja melalui unnecessary gathering di hospital. 
2. Mengelakkan orang yang sepatutnya dapat rawatan, jadi tak dapat rawatan disebabkan ramai sangat orang di hospital. 
3. Melancarkan urusan pengesanan kes di hospital. 

Jadi, duduk diam-diam di rumah dan spend masa dengan keluarga. Ini masa terbaik untuk bersama keluarga. Tengok TV, dengar radio dan baca berita, dapatkan maklumat sahih terkini tentang COVID-19 (kawasan-kawasan terlibat, kluster terbaru, etc). Apa-apa pun, kami perlukan doa dari seluruh rakyat Malaysia agar urusan kita semua dipermudah dan seluruh rakyat Malaysia dihindari jangkitan COVID-19 ini. 

Kami berusaha sebaik mungkin, anda pun turut sama berusaha untuk ikut arahan, dan Allah yang akan menyembuhkan. Semoga Allah merahmati anda juga yang membantu kurangkan jangkitan dengan duduk di rumah. 

KAMI AKAN TERUS PERGI KERJA UNTUK MEMBANTU ANDA. ANDA DAPAT MEMBANTU KAMI DENGAN DUDUK DIAM DI RUMAH. 

COVID-19 WILL PASS, WE CAN DO THIS! 

#COVID19
#MALAYSIA
#stayathome
#KKM
#breakthechain
#flattenthecurve

Semoga nasihat ini sedikit sebanyak membantu melegakan kegusaran hati nurani anda. 

Kredit : Dr Zhafran (Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang). 

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. bukan senang nak terus datang check. kalau nak senang gi swasta je hihi

    ReplyDelete
  2. thnk you for sharing this info

    ReplyDelete