Tips dan cara mengurut bayi.

By Cikla Shahril - December 11, 2016

Kadang-kadang, bayi ni pun macam orang dewasa jugak. Lenguh badan dan mungkin terkehel disebabkan kelasakannya. Maklumlah, budak budak bukan tau cakap bagitau mana yang sakit. Apa yang dia tau, menangis je. Lama-lama ibu pun naik pening. Sebenarnya, nak mengurut bayi ni ada teknik dan cara yang betul. Apa kata meh baca apa yang cikla nak share kan ni. Jom jom.

Tips dan cara mengurut bayi.
Tips dan cara mengurut bayi. Sumber Google.

Muka - Kalau ibu ibu nak tau, muka bayi mungkin 'stress' akibat perbuatan menghisap, tumbuh gigi, menangis atau apa-apa yang berlaku di sekelilingnya setiap hari. Caranya, guna ibu jari ibu dan buat isyarat senyuman pada bahagian atas bibirnya, kemudian di bawah bibir bayi. Ulang 3 kali. 

Dada - Caranya adalah dengan menggunakan kedua-dua tangan yang diletakkan di tengah dada bayi, kemudian tolak keluar ke arah tepi dan mengikut susunan tulang rusuk. Gerakannya seolah-olah ibu meratakan muka surat sebuah buku. Tanpa beralih tangan daripada badan bayi, kemudian gerakkan tangan di sekeliling ikut bentuk rajah hati sehingga sampai bahagian tengah.

Tangan - Picit dan putar; Caranya adalah dengan memegang tangan bayi sampai bahagian bahunya dengan kedua belah tangan macam pegang pemukul besbol. Then, usaplah lengan dengan bergerak ke atas dari bahu membawa ke arah pergelangan tangan dan rentak diselang-selikan, dan pada masa yang sama picit dengan lembut.

Kaki - Picit dan putar; Caranya adalah dengan memegang kaki bayi seolah-olah ibu sedang memegang pemukul besbol. Kemudian pusingkan dengan kedua belah tangan bergerak ke arah bertentangan dan pada masa yang sama, memicit dengan lembut. Cara kedua adalah cara menggulung, iaitu dengan memegang kedua-dua kaki, buat gerakan seperti menggulung dari lutut ke buku lali.

Perut - Teknik mengurut pada bahagian perut membantu meredakan sistem usus bayi supaya bayi mudah kentut untuk membuang angin sekaligus melegakan sembelit. Gerakan ini harus berakhir pada bahagian bawah sebelah kiri perut bayi, iaitu sebelah kanan anda apabila berdepan dengan bayi. Pada bahagian ini kebanyakannya terletak usus pembuangan bayi, cara ni bertujuan menggerakkan semuanya ke arah usus. 

  • Teknik roda air iaitu dengan menggunakan hujung tangan, lakukan gerakan mendayung pada perut bayi, berselang seli tangan, seolah-olah ibu sedang menyodok pasir ke arah diri sendiri. 
  • Teknik Matahari Bulan, iaitu dengan buat gerakan ala bulan sabit songsang dengan tangan kanan ibu, dari kiri ke kanan. Kemudian buat gerakan bulatan penuh hala mengikut pusingan jam dengan tangan kanan. Ketika tangan kanan ibu bergerak di atas, tangan kiri anda di bawah, lakukan satu pusingan bulatan mengikut hala songsang jam dengan tangan kanan anda. 
  • Teknik Berjalan, dengan Menggunakan hujung jari, buat gerakan berjalan di atas perut bayi anda dari kiri ke kanan. Anda mungkin terasa gelembung udara bergerak-gerak di bawah jari anda. 
  • Teknik 'I love you' iaitu I - Buat gerakan huruf 'I' ke bawah menggunakan tangan kanan pada bahagian kiri perut bayi. Love - Buat bentuk 'L' terbalik dari arah kiri ke kanan. U - Kemudian buatkan bentuk 'U' terbalik dari kiri ke kanan. Ketika membuat gerakan ini, sebut 'I love you' dalam nada suara penyayang. Bayi anda pasti sukakannya.

Bahagian Belakang - Teknik berulang alik, iaitu dengan cara meletakkan bayi dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya ke sisi. Mulakan dengan bahagian atas belakang, bersudut tegak pada tulang belakang. Selepas itu, gerakkan tangan ibu dari depan ke belakang, pada arah bertentangan, membawa ke bahagian punggung, kemudian naik ke bahu.

Langkah terakhir; Pada penghujung setiap urutan bayi, pakaikan semula baju. Bayi anda sudah tenang kini dan bersedia untuk tidur.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu-3ibu yang selama ni tercari-cari cara macam mana nak urut bayi kita kan. Ibu mana yang tak runsing kalau anak kita asyik nangis je.

Sumber SINI.

  • Share:

You Might Also Like

7 Comments

  1. Bolehlah ibu2 praktikkan kepada bayi masing2.
    SEmoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. mek suka urut kepala anak time mandi. pastu belakang badan dia time mandi. pastu urut perut bila nk pkai pamper :) skali dengan kaki and tangan.

    ReplyDelete
  3. tq for the info. mesti baby tidur tersenyum selesa. :)

    ReplyDelete