Cucur jagung.

By Cikla Shahril - December 21, 2016

Dah sarapan ke? Pagi ni cikla buat cucur jagung. First time bikin ini cucur. Hihi.

cucur jagung
Cucur jagung.

Sedap jugak. Nak resepi? Kena ada request baru cikla bagi. Amboi, haha. Ala, senang je kot resepinya. Tapi, jangan tak percaya masih ada orang yang tak pandai buat cucur tau. Haha. Resepi sama macam buat cucur bilis tu. Tapi, cucur jagung yang cikla buat ni cikla letak gula, bukan garam. So, rasanya manis. Kalau letak garam, boleh cicah dengan sambal tumis atau sos.

Bahan-bahan;

Tepung gandum, jagung dalam tin, gula/garam (terpulang pada korang), sedikit air panas (nak kasi cucur tu lembut), sedikit air biasa, dan minyak untuk menggoreng.

Cara nak buat pulak;

Campurkan tepung gandum, jagung, gula/garam dan air dalam satu bekas. Masukkan air biasa sedikit demi sedikit. Agak-agak airnya, jangan lebih sangat nanti lembik. Kalau kurang sangat, keras pulak bila cucur jagung ni dah masak nanti. So, pepandailah korang adjust. Bila dah rata, panaskan minyak dan masukkan cucur jagung ni guna sudu ke dalam minyak yang dah panas itu. Goreng cucur  jagung sehingga kekuningan. Kemudian, angkat dan toskan minyak. Selepas itu, bolehlah dinikmati seisi keluarga.

Senang kacang je kan? Makan cucur jagung lawan dengan kopi-O panas memang marvelous. Selamat mencuba ye.

  • Share:

You Might Also Like

15 Comments

  1. Salam..pagi2 bila tgk gambar cucuq udang teringat mak kat kampung selalu buatkan...sedap. teringin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cucuq udang mmg sedap.. mkn panas2.. wow.. mmg best

      Delete
  2. Sally baru je beli jagung sebab nak buat...tapi belum buat lagi laa..hihihi...tak nak resepi..LOL...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... cekodok je kot. Senang sesangat..

      Delete
  3. Makan hangat-hangat..wow.. :)

    ReplyDelete
  4. lama giler tak makan cucur jagung. dapnya

    ReplyDelete
  5. lamanya x mkn cucur udang

    ReplyDelete