Cara cegah kehamilan.

By Cikla Shahril - September 17, 2015

Cikla nak tanya ni. Kalau korang yang dah pernah melahirkan baby mesti pernah kena tanya dengan cik misi kan nak amik pil perancang ke tak? 

Kalau macam cikla since anak first sampailah dah tiga, misi masih tanya. Tapi, cikla tak amik apa-apa pil perancang pun, pasal encik suami tak bagi amik. Dia nak suruh bininya ni tambah zuriat lagi kot. Hehe. Tiga mana cukup katanya.

Ada kajian mengatakan 60% dari kehamilan adalah tak dirancang. 

Sebenarnya, ada banyak cara macam mana kita nak mencegah kehamilan atau menjarakkan kehamilan. Bukan kita nak menolak 'rezeki' tapi ada sesetengah orang tu anak belum setahun lagi dah mengandung lagi.

Lagipun, ini untuk kebaikan kita jugak, orang cakap sekali kita bersalin, 3 urat kita akan putus. 

So, biarlah badan kita betul-betul pulih sebelum kita bersedia untuk mengandung lagi. Bukan senang ooo nak mengandung dan melahirkan ni. 

Menghadapi detik-detik 9 bulan dan saat melahirkan, rasanya kaum suami tak sanggup kot. Syabasss ibu-ibu sekalian. Oklah, berbalik pada topik kita, ada 9 cara yang disyorkan untuk mencegah kehamilan, iaitu:

(1) Pil kontraseptif.

Ia merupakan langkah pertama kalau seseorang wanita itu nak cegah kehamilan. Pil ini ada dua jenis sama ada mengandungi hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.

(2) Suntikan progestin dan progesteron.

Bagi wanita yang pilih kaedah ini, anggara. 0.3% akan alami kehamilan tak dirancang dalam tahun pertama. 

Ia merupakan suntikan Depo Provera yang mana mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progesteron.

(3) Implan 'norplant'.

Ia adalah hormon progestin sintetik yang terdiri dari 6 kapsul kecil yang fleksibel yang ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. 

Boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama 5 tahun kerana anggaran kehamilan hanya 0.1% dalam tahun pertama.

(4) Alat intrauterin (IUD).

Alat berbentuk T yang dimasukkan ke dalam uterus oleh doctor. Merupakan alat yang fleksibel yang terbahagi kepada 2 jenis, iaitu Paragrad Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun. Wahhhh... Lama tu. 

Dan lagi satu jenis Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun. Anggaran kehamilan tak dirancang adalah 3-5% dalam tahun pertama.

(5) Span (sponge).

Ia mengeluarkan gel spermisida yang bertindak menghalang serta membunuh sperma. Ia juga akan merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan masuk ke uterus. 

Ia boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas itu.

(6) Diaphragm.

Saiznya boleh diubah oleh doktor sesuai dengan wanita yang mana bertindak menghalang sperma masuk ke uterus. 

Spermisida digunakan bersamanya untuk membunuh sperma. Ia boleh dibiarkan selama 6 jam dan anggaran 6% kehamilan berlaku jika digunakan dengan konsisten dan betul.

(7) Penghalang serviks.

Rupanya macam diaphragm dan ia boleh cegah kehamilan bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini akitiviti seks boleh berulang. Anggaran 9% kehamilan akan berlaku kalau digunakan secara konsisten  dan betul.

(8) Spermisida vagina.

Ia dalam bentuk krim, aerosol atau tablet. Mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh dan merencatkan pergerakan sperma serta kurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur. 

Tapi, ia  diragui kerana kurang berkesan sebab % kegagalannya agak tinggi. So, ia mesti digunakan secara kombinasi dengan cara kontraseptif lain.

(9) Natural ways.
Ini paling senang, sebab pasangan hanya pastikan tempoh subur seseorang wanita itu. Ia menganggarkan perubahan membrane mucus serviks dan suhu badan.

Semoga ini akan memberi kita sedikit info macam mana nak jarakkan kehamilan lebih-lebih lagi pada wanita yang masih trauma dengan kelahiran yang lepas. Tapi, kalau Allah dah bagi rezeki tu, syukur alhamdullilah. Anak kan rezeki. Betul tak?

Sumber Dari Majalah wanita.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Yang nombor 2 tu, ana tgk effect dia ramai yg badan dia akan naik macam kene pam lepas injek. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Tapi cikla memang x amik mana2 kaedah pun... takut.. hehe rancang sendiri aje

      Delete
  2. Sama2.. sharing is loving..

    ReplyDelete