Program Lawak Solo, final malam ini.

Program Lawak Solo yang ditayangkan di saluran Astro Warna (132) dan tayangan serentak di Mustika HD (134) akan menampilkan 4 orang peserta peringkat akhir. Wah, dah final dah. 

Sebenarnya, sejak kebelakangan ni je cikla follow program ni. Rasanya 3,4 episod sebelum final. Best jugak. Mungkin selain dari program ni ada banyak program lain yang seakan sama, tapi sedikit sebanyak mesti ada kelainannya kan.

Program Lawak Solo, final malam ini.
Program Lawak Solo, final malam ini. Sumber Google.

Hadiahnya best ooo. Juara akan dapat Wang tunai RM80k dengan trofi. Kedua, ketiga, dan keempat pun akan dapat hadiah wang tunai bersama trofi jugak. 

Pendek kata, semua peserta dapat habuanlah. Adil dan saksama, hihi. 

Empat peserta bakal berentap merebut gelaran juara, iaitu Mad Sabah, Fikry, Danial dan Ag Hafiz. Good luck untuk mereka, sebab keempat empatnya bagus. Kalau tak, tak kan mereka dapat masuk final kan? Tapi, siapa yang terbagus akan dipilih sebagai juara. Yeaaayyy.

Pendapat cikla, apa yang penting kalau nak melawak pun biarlah lawak yang bermanfaat dan beri pengajaran.

Oklah, just sharing.

2 comments:

  1. Tengah bersiaran sekarang.
    Tapi X tonton sebab tengah layan blog2

    ReplyDelete
  2. wuishhh..banyaknya 8o k?

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (452) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews