Oh lelaki... kalau nak pakai jeans, JANGAN.....

Rasanya pemakaian jeans amat popular bagi lelaki dan perempuan, tak kiralah seluar atau kemeja. Sekarang ni jubah dengan dress jeans pun dah banyak dah orang pakai. Betul tak? 

Pemakaian jeans sebenarnya akan membuatkan kita lebih santai dan bersahaja. Lagipun, jeans sesuai dipakai tak kiralah pada waktu siang atau malam. Boleh aje kalau nak. 

Khas untuk lelaki, ada beberapa hal yang korang kena elak semasa memakai jeans. Nak tau tak? Baca ni.

Oh lelaki... kalau nak pakai jeans, JANGAN.....
Oh lelaki... kalau nak pakai jeans, JANGAN..... Sumber Google.

  1. Elakkan pakai jeans dengan baju melayu, sebab baju melayu adalah baju tradsional manakala jeans merupakan pakaian kasual. So, not match okey!
  2. Jangan pakai jeans dengan blazer formal. Kalau korang nak pakai jugak, pilih jaket yang berkonsep santai.
  3. Kalau boleh, jangan beli jeans secara online sebab dah tentu kita tak confirm dengan ukurannya yang sebenar. Seeloknya jeans lagi bagus dicuba dulu sebelum dibeli sebab cutting dan rekaannya kena tepat dengan bentuk badan kita, barulah selesa nak pakai nanti.
  4. Jangan lipat kaki jeans. Kalau kaki jeans korang labuh, elok korang potong je. So, lagi ok sebab selari dengan ketinggian badan kita. 
  5. Biasanya jeans terdapat dalam warna hitam dan biru, so pilih warna yang terbaik untuk digayakan. Warna biru warna yang paling popular.

So, pilihlah jeans dan suai padanlah dia dengan baik. Jangan nanti nampak pelik pulak, tak pasal pasal orang tengok kita semacam.

8 comments:

  1. Hihi....tapi zaman sekarang ni semua dah bershopping online..acaner tu..hehe..

    ReplyDelete
  2. Bagua tips cik la. Memang tak sesuai pakai seluar jeans dengan blazer ๐Ÿ˜…

    Tapi orang kacak pakai apa pun nampak segak

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    ReplyDelete
  3. Siqah suka pulak kalau lelaki pakai jeans dengan baju melayu. Hihi. Agaknya memang suka je tengok kalau lelaki pakai baju melayu. Hang tuah belaka. Hihi

    ReplyDelete
  4. Bagi mai kalau jeans dgn baju melayu acceptable lg, tapi kalau dgn blazer mai tak suka tgk, mcm fashion victim dah, hahaha.

    ReplyDelete
  5. no1 tu da biasa sgt org guna... adik2 pun macam tu, da jadi macam fesyen pulak

    ReplyDelete
  6. thinking nak beli skirt jenis jeans lak

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (453) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews