Jatuh cinta dengan tudung bawal satin pucci!

Sejujurnya, cikla bukanlah peminat tudung bawal sebab bagi cikla macam leceh je kalau nak pakai dia, kena gosok dulu. Dah beranak ramai ni, kalau bersiap seboleh bolehnya nak cepat siap. Kalau boleh semuanya nak instant. Hehe. Seingat cikla, last cikla pakai bawal masa belajar kat u dulu. Dah kahwin, pakai tudung macam fareeda tu. Lepas tu, shawl dengan pashmina. Bawal memang dah tak pandang dah. Huhu.

Jatuh cinta dengan tudung bawal satin pucci!
Jatuh cinta dengan tudung bawal satin pucci!


Nak dijadikan cerita, semalam tetiba encik suami balik bawak tudung bawal satin pucci. Memang pernah dengar pasal tudung ni kat fb, tapi tak pernah tengok live lah. Kalau dah jenis satin, memang lembut je kain dia tapi agak licin. Bidang tudungnya pun lebar jugaklah. So, masa pergi kenduri kawin cikla pakai.

Memang selesa, sedap je pakainya. Yang bestnya, tak payah nak susah susah gosok. Memang senang nak bentuk, huishhh. Cikla siap cakap dengan encik suami nanti bolehlah beli lagi. Cikla tanya harganya, encik suami cakap rahsialah. Amboi, rahsia ye. Tapi, cikla agak mungkin harga dia around RM25 kot. I guess lah.

Tapi cikla macam pernah nampak orang jual baju dari satin pucci. Rupanya pucci boleh buat baju jugak. Korang macam mana pulak? Minat tudung yang macam mana? Peminat pucci jugak ke?

8 comments:

  1. femes bawal ni..da jadi trend sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. mmg masa cikla pergi kenduri kawin hari tu Cikla tgk ramai yg pakai tudung ni... makcik pun ada pakai...

      Delete
  2. minat tudung bawal jgk.. lagi best pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tudung bawal boleh buat pesen pesen ke

      Delete
  3. Sometimes nk cpat suka instant awning. Tapi sejak habis semua tdng awning keronyok awningnya dek krna zara, suka pkai tdng bwal biasa je. Pastu pkai stok AJ yng ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. kelemahan tudung awning kalau keronyok mmg habis lah.. rosak.. dah tak cantik dah rupanya..

      Delete
  4. aa mek pun suka. yg pastel pastel :) mek pn ade shelai.

    ReplyDelete
  5. minat gak but since dia patterned, mcm leceh nak match kan so tak beli beli. romantiknya hubbyyyyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (453) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews