Sukan tadika 2024 meriah!

Lamanya tak share pasal kisah sendiri dalam blog kesayanganku ni. Ececeh. Jadinya, cikla nak share kisah yang jadi pagi tadi. Amboi, berkisah sangatlah. Haha. 

Tahun ni dak Aaira cikla masukkan ke tadika kemas tempat kakak dengan abang dia sebelum ni. Ada yang kata, ala baru 4 tahun dah dimasukkan ke tadika. Takpelah. Tahun pertama ni nak bagi dia sesuaikan diri dan berkawan. Sekarang ni pun, dah dekat setahun sekolah dah pandai tulis dan kira. Doa-doa simple pun dah pandai baca. Okeylah tu kan. 

So, balik pada kisah kita, hari ni diadakan hari Sukan tahunan dekat tadika dak Aaira ni. Acara kanak-kanak takdelah banyak, tapi cukuplah untuk budak-budak baya-baya dorang ni. 4,5, dan 6 tahun. Itupun dah kepenatan dah semua. So, moh lerr kita cuci mata tengok gambar yang sempat di snap

Sukan tadika 2024 meriah!
Semua siap sesia dalam barisan. Merah, biru, hijau.

Sukan tadika 2024 meriah!
Masing-masing tengah berdebar ke tak sabar nak bersukan tu? 

Sukan tadika 2024 meriah!
Apa-apa kita mulakan dengan doa moga majlis berjalan lancar..

Sukan tadika 2024 meriah!
Standby untuk warming up!

Sukan tadika 2024 meriah!
Sebelum mulakan sukan kita buat rengangan ye anak-anak. 

Sukan tadika 2024 meriah!
Get ready ya semua!

Sukan tadika 2024 meriah!
Serius betul muka budak depan tu. Member belakang kekal ceria, haha

Sukan tadika 2024 meriah!
Siap sedia untuk acara pertama.

Sukan tadika 2024 meriah!
Hadiah time. Grup dak Aaira dapat no.3. Jadilah, alhamdullilah.

Grup dak Aaira dapat tempat ketiga. Jadilah kan. Masing-masing happy je dapat hadiah. Acara lari perseorangan dak Aaira takde rezeki. Takpelah, tahun depan cuba lagi ya. Okeylah nanti share lagi. 

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews