4 tip solekan mata secara semulajadi.

By Cikla Shahril - April 26, 2018

Ada orang sangat menitikberatkan solekan di bahagian mata supaya nampak lebih wow dan tentunya menyerlah. So, solekan sebegini sebenarnya boleh je korang nak buat sendiri kat rumah. Jom check apakah teknik atau caranya.

4 tip solekan mata secara semulajadi.
Gambar diubahsuai dari carian Google.

Gunakan pembayang rona lembut dan cerah seperti lavender, krim dan coklat muda di bahagian kelopak mata. Untuk bahagian atas pula, pastikan warnanya sedikit gelap berbanding di bahagian bawah. Untuk menjadikan pembayang mata lebih tahan lama, sapukan warna asas putih atau primer yang sesuai dengan warna kulit. 

Mengenakan solekan mata kucing iaitu menggunakan celak dengan olesan garis halus pada hujung mata. So, ini akan menjadikan mata lebih nampak lebih besar atau bundar. Tapi, korang tak perlu membentuk hujungnya terlalu besar. Garisan halus pun dah cukup menampakkan unsur dramatik.

Untuk menjadikan mata korang nampak lebih besar dan cantik, jangan lupa mengoleskan celak putih terlebih dahulu di bawah mata. Teknik ni sangat penting sebenarnya kalau korang mahukan mata yang menawan. Selepas korang menggunakan pembayang mata dan celak, last sekali korang sapukan maskara untuk memberikan kesan ilusi mata yang lebih bundar dan cantik. Sapukan maskara beberapa kali untuk mengelakkan bulu mata tak bergumpal.

Jangan lupa gunakan penyepit bulu mata yang berkualiti untuk hasil yang lebih vaahhhhh!

Kredit Jurusolek professional, Nabilah Hussin  (Armany Ausi Skillz).

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments