Cara nak elakkan telefon kita hang disebabkan oleh keaktifan group WhatsApp yang banyak.

By Cikla Shahril - December 06, 2017

Memang tak dinafikan, pada zaman teknologi terkini ni rasanya semua orang ada install aplikasi WhatsApp kan. 

Bukan apa, aplikasi ni sangat mudah dan cepat kalau nak dibandingkan dengan cara dulu menggunakan mesej biasa dan email. Memang sangat lambat lebih-lebih lagi nak tunggu reply. Huhu. Berjanggut. 

Cara nak elakkan telefon kita hang disebabkan oleh keaktifan group WhatsApp yang banyak.
Cara nak elakkan telefon kita hang disebabkan oleh keaktifan group WhatsApp yang banyak. Sumber Google. 

Tapi, kalau dah terlalu banyak group WhatsApp yang aktif masalah jugak. Masalah yang paling popular dan biasa terjadi adalah telefon jadi 'hang'. 

Cikla pun selalu jugak hadapi masalah macam ni. Lagi pula, cikla ada install game yang besar saiznya. Emmm, bertambah-tambah lagi masalah. Hihi.

Sebenarnya, ada cara nak selesaikan masalah ni. Nak tau? Jom baca 4 langkah mudah yang cikla share ni. Caranya adalah seperti berikut ;

  1. Pergi ke whatsApp SETTINGS. 
  2. Kemudian, tekan DATA USAGE.
  3. Selepas itu, tekan NETWORK. 
  4. Langkah terakhir sekali, RESET STATISTICS. 

Kalau korang perasan, sebelum korang pergi ke RESET STATISTICS, cuba tengok sebelah kiri. ADA beribu-ribu KB kan yang kita dah guna. 

Selepas itu, korang terus tekan yang paling bawah tu, iaitu RESET STATISTICS, semua nombor KB tu jadi 0. Nanti, barulah laju. Tak hang

Tak payah nak left group bagai sebab ingatkan group tu semua punca kepada keadaan ini.

So, cara yang sangat senang kan. Ia akan cuci semua fail yang kita guna sebelum ni. Tapi, korang jangan bimbang. Ia tak akan kacau fail lain. Fail lain tetap ada. No worry ok! Semoga bermanfaat.

Sumber WhatsApp group.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Betul...kadang serta merta hang...huhuhuhu...

    ReplyDelete
  2. Good info cikla. Selalu clear chat je yang ana tau.

    ReplyDelete
  3. good sharing...selalu sgt hang

    ReplyDelete