Mahu pasang wallpaper di rumah? Check dulu perkara ni...

By Cikla Shahril - October 01, 2017

Cikla rasa, memasang wallpaper atau kertas dinding di dalam ruang rumah sudah menjadi trend popular sekarang ni. Bila bercerita pasal wallpaper ni, teringat pulak cikla masa cikla pergi ke rumah pak usu cikla pada hari raya yang lepas, cikla tengok rumah dia pun dah pasang wallpaper. Walaupun corak dan warna yang digunakan di setiap ruang dinding dalam rumahnya tu berbeza-beza, tapi gabungan corak tersebut sangat bagus. Memang cantik sangat.

Untuk pengetahuan korang, wallpaper bermaksud hiasan dinding yang terdiri dari pelbagai warna, corak dan motif. Sebenarnya, wallpaper ni mempunyai keistimewaannya yang tersendiri iaitu ia mampu memberi kesan dan impak yang baik supaya nampak lebih cantik serta menarik bagi sesebuah ruang di dalam rumah kita. Di pasaran, memang terlalu banyak corak dan motif yang boleh korang pilih mengikut kesukaan korang. Selain itu, wallpaper jugak mempunyai daya tahan yang lebih lama (sehingga 10 tahun) kalau nak dibandingkan dengan cat dinding. Wah, lama kan. Dah boleh jimat dah di situ. Hehe.

Mahu pasang wallpaper di rumah? Check dulu perkara ni...

So, untuk memasang wallpaper, ada beberapa perkara yang korang kena amik tahu. Nak tau apakah ia? Jom baca apa yang cikla nak share ni sampai habis.

Perkara pertama yang korang kena lakukan sebelum memasang wallpaper adalah korang kena pastikan dinding yang korang nak pasang wallpaper tu bersih daripada kotoran ataupun habuk. Kalau ada hiasan, gambar, cermin, jam atau apa aje yang 'terlekat' pada dinding tu korang kena tanggalkannya dulu. Bukan apa, langkah ini akan memudahkan korang memasang wallpaper nanti.

Selain itu, sebelum memasang wallpaper, korang kena pastikan dinding tersebut rata. Katakanlah ada lubang pulak kat dinding tu atau ada kawasan dinding  yang tak rata, ini akan menyukarkan kerja-kerja memasang nanti. So, korang memang kena perbaiki dulu dinding seperti menampal lubang sebelum melakukan kerja memasang.

Untuk pengetahuan korang, pemilihan T jenis wallpaper jugak penting iaitu sesuai dengan konsep yang korang nak. Apa yang penting, jenis wallpaper untuk ruang tamu dengan bilik tidur khasnya perlulah berbeza dengan memilih jenis wallpaper yang bergerak menenangkan. Macam tu jugak kalau rumah korang jenis yang sempit, pemilihan wallpaper jugak penting sebab ia boleh membantu  menjadikan rumah atau ruang tersebut nampak lebih luas. 

Kalau korang nak tau, corak atau motif wallpaper yang menegak atau melintang turut mempengaruhi keadaan ruang di dalam rumah. Corak menegak akan menjadikan ruang tersebut jadi lebih tinggi dan corak melintang pulak akan menjadikan ruang tersebut lebih luar dan lebar. Di samping itu, kita jugak kena pandai mix and match corak wallpaper yang dipilih dengan jenis perabot yang ada di ruang tersebut. So, memang kena pandai dan bijak menyuaipadankan.

Kalau kertas wallpaper je ada tapi barang lain takde tak guna jugak kan. Sebelum memasang wallpaper tersebut korang sediakan semua peralatan lengkap yang diperlukan seperti cutter, alas plastik, pensel, pita ukur, tangga, lem wallpaper, span dan plate yang mana ia digunakan untuk meratakan dinding. 

Akhir sekali, penataan cahaya jugak penting sebab ia menjadikan wallpaper yang telah siap dipasang itu lebih nampak dramatik dan menarik bias ia dibias oleh pantulan cahaya lampu. Pilih lampu dinding dan siling yang sesuai ye.

Kalau sebelum ni kita asyik mengecat dinding je, kadang-kadang boleh jemu jugak kan. Apa kata tukar selera sikit. Pasang wallpaper kat rumah korang. Mana tau ia mampu menaikkan aura positif dan menjadikan rumah korang lebih menarik serta cantik. Kalau malas dan tak tau nak pasang sendiri, upah aje orang buat. Pak usu cikla pun katanya dia buat sendiri je. Jimat memang jimat. Settle!

Selamat ber'wallpaper' ye.

Sumber Ruangan Tip Deko, Majalah Wanita.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Wah banyak juga ya tips mahu pasang wallpaper. Kebetulan Nisha sedang pakai wallpaper di rumah. Sebelum ini kami sekeluarga memang terima khidmat memasang sekali ketika membeli wallpaper rumah. Tak sangka pulak banyak betul benda kena difikirkan sebelum dipasang. :O Nisha time tu pun perhati gitu2 je XD

    ReplyDelete
  2. Rumah sewa mak penuh dgn wallpaper . hehe

    ReplyDelete
  3. thanks for the tips! Memang nak guna wallpaper instead of cat sebab boleh tukar2

    ReplyDelete
  4. byk good tips.
    aida da merasa pasang wallpaper kaison tu beberapa gulung la.
    hadoi. meskipun ia mcm stiker, tapi susah ooooo...
    lain gulung, lain corak and lain material nyer...

    ReplyDelete