Salam Kemerdekaan yang ke-60.

Tanggal 31 Ogos setiap tahun negara kita Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan negara kita. Sebenarnya, untuk mengecapi nikmat kemerdekaan ini melalui liku-liku dan detik-detik yang sukar. Begitu besar pengorbanan dan usaha orang yang terdahulu untuk mendapatkan negara yang merdeka. Kesusahan mereka, kini menjadi 'nikmat' kepada generasi sekarang.

Masa sekolah dulu, subjek yang paling cikla minat adalah subjek Sejarah. Itu sebab boleh dapat A1 dalam SPM. *hehe bangga sat. Sebenarnya, memang penting kita belajar sejarah ni lebih-lebih lagi sejarah negara kita. Bagi cikla, bila kita belajar Sejarah, secara tak langsung ia akan dapat memupuk semangat cintakan negara. Selain itu, kita juga akan dapat mengetahui susur galur bagaimana kemerdekaan negara kita ini dikecapi. 

So, cikla nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60. Semoga kita akan lebih mengetahui dan menghargai erti kemerdekaan yang sebenarnya. Merdeka bukan hanya pada negara, tapi pada diri kita sendiri jugak. Jangan biarkan orang lain 'menjajah' minda dan diri kita. Tanamkan rasa cinta yang tidak berbelah bagi pada negara. Bersatu mempertahankan kedaulatan negara tak kira warna kulit, bahasa dan bangsa. Kita satu Malaysia!

Negara kita negara berdaulat. Negaraku sehati sejiwa.

1 comment:

  1. semoga negara kita sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh-Nya ^^

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (448) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews